Jom join izan

Saturday, January 3, 2009

umbut kulit cempedak goreng

Nak tanya.... ada sesiapa pernah makan umbut kulit cempedak goreng...... sedapkannn...

ini pun satu lagi menu zan dapat dari makcik. biasanya kalau orang Banjar, dia ambil umbut pada kulit cempedak tu... kemudian direndam letak garam kemudian diperam. bila nak makan diambil sedikit2 kemudian digoreng. fuhhh.... sedap dan manis makan bersama nasi. selera sangat. biasanya yang diperam lebih menyelerakan dari digoreng terus. apapun kedua-dua cara mengundang selera dan semangat makan yang tinggi hihi..

ini pun merupakan menu terhangat dalam keluarga zan. dulu-dulu nak makan kena tunggu makcik yang masak. sekarang idakkk..... pantang nampak musim cempedak dari isinya sampai kekulit zan kerjakan. sedap makan dengan nasi. dapat pula sambal ketuk.... nasi panas-panas, memang tak pandang kiri kanan dah. haaa.. itu izan yang makan tak pandang kiri kanan.... menikmati lazatnya dan khasiatnya...hihi

mari kita tengok bahannya...oye...biasanya kulit luar dihiris buang, macam mana kita buang kulit tembikai, ambil umbutnya yang lembut. lagi satu zan tak rendam dalam air garam tapi terus menggoreng.

Bahan:

umbut kulit cempedak untuk makan 2 orang (dipotong2 kecil seperti sayur nangka)

Bahan tumis:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili api
(semua bahan dihiris)

2 biji telor ayam
sedikit minyak masak
sedikit garam
sedikit ajinomoto

caranya:

panaskan minyak didalam kuali. tumiskan kesemua bahan yang telah dihiris agak garing, masukkan umbut kulit cempedak. digaulkan sedikit dan diletakkan pula sedikit garam dan ajinomoto. gaul kemudian pecahkan 2 biji telur ayam dan dikacau-kacau rata. setelah agak kering kemudian diangkat dan dihidangkan.

2 comments :

Anonymous said...

wah kak zan ni pandai masak la.
kulit cempedak pun leh goreng ker? tak terfikir plak saya. sedap nampak la.
saya tak pandai masak la. nanti kalau ada peluang, jumpa kak zan, leh la kak zan masak untuk saya. kehkeh...!! larikss...

Unknown said...

ana,

tengok tu.... larikk yeee.... bolehhh jer masakkan tuk ana, mari kat rawang ni... kalau suruh pos... nanti posmen tu makan dulu.

memang sedap ana, tak jeling kiri kanan dah kalau dapat makan... cubalah ana buat mesti sedapp...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter