Jom join izan

Saturday, January 3, 2009

pucuk manis

Masaknya dah berhari-hari lepas, tapi masa tak berkesempatan....

Izan dan abe suka sangat makan sayur manis ni. Kalau dengan mak izan tak pernah makan sayur manis ni. tapi bila berkeluarga...dapatlah macam-macam sayur zan makan. Tapi nak bagi tahu pula. ini kalau orang ada penyakit diabetis... sedap macam mana pun ye, jangan makan. namanya pun dah sayur manis, nanti bertambah kandungan manis pula dalam badan. bahaya tau.

Sedap sayur ni kalau ditumis. memang manis. semangkuk kecil memang tak cukup, lepas habis dimakan dengan nasi, nak diratah gitu saja.

Bahannya mudah dan ringkas...

Bahan

Pucuk manis

Bahan tumis

3 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
5 tangkai cili api (dihiris)
sedikit ikan bilis yang telah di belah

sedikit minyak
sedikit garam
sedikit ajinomoto
sedikit air putih

caranya:

panaskan minyak didalam kuali. minyak dah panas masukkan bahan tumis yang telah dihiris tadi bersama ikan bilis. biar garing sedikit kemudian letakkan sedikit garam dan ajinomoto(jika tak guna ajinomoto tak mengapa) setelah itu masukkan pucuk manis yang telah dilurut daunnya. di gaul sedikit dan masukkan sedikit air putih. jangan dimasak terlalu layu kerana khasiatnya akan hilang. kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.


2 comments :

dina said...

aku kureng sket dgn pucuk manis, angin kak oiii... kalau makan, tak tidur malam!

Unknown said...

dina,

angin ke pucuk manis...haa kalu x bagi tahu memang x tahu. nnt bila2..ada yang makan tiba2 sebu, tahulah mana puncanya.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter