Jom join izan

Thursday, November 6, 2008

Wanita lebih peka....??????

Tengok tajuk tu... haa... jangan berangin dulu..baca "kemungkinan"..ini apa yang izan lalui .. kita harus lebih peka terhadap kesucian dan kebersihan...

Seperti kita tahu jika bekerja dalam pejabat yang kebanyakkannya ca-ya-nun-alif terutamanya disini hanya izan dan seorang lagi beragama Islam. Dari segi kebersihan dan kesucian maksud izan ialah seperti penggunaan barangan asas harian yang bercampur aduk di pejabat.

contohlah... sudu/garfu, cawan-cawan, microwave dan yang sewaktu dengannya... span/sabun dan sebagainya. izan mengambil inisiatif untuk membeli sarung tangan. zan tak peduli apa tanggapan mereka yang pasti mereka kena terima ini cara izan. ini sebagai langkah-langkah

mengelak rasa was-was sebab bila was-was datang, izan terpaksalah mencari tanah dibelakang rumah di senja-senja hari.

berbeza dengan cara seorang lagi. zan lihat penggunaannya tanpa rasa was-was atau memang kurang peka. dan izan belum membuka mulut berkenaan ini secara terbuka dengan dia.

walaupun pada penglihatan mata kasar segalanya dibersihkan tapi dari sudut kebersihan sebenar... rasanya itu tidak bersih!!!!! betul ke tidak...???? Pernah sekali dibulan puasa mereka memanaskan maggie didalam microwave..baunya wangi.. tapi tak terasa lapar atau menarik perhatian. zan lihat pada bungkusan maggie tertulis perasa sayur-sayuran. zan saja meringankan mulut menegur .."waaa... wanginya bau..." mereka jawab apa... "yang wangi tu saya campur perasa "Bak Kut Teh"... perasa bak kut teh didalam microwave!!!!...

alamatnya sampai sudahlah zan takkan sentuh microwave tu..walaupun dia kata bak kut teh tu halal..kalau namanya "bak kut teh halal"..wangi macammana pun memang tak terasa lapar... itu sebahagian ceritanya.

Bagaimanapun bagi kawan-kawan yang melalui seumpamanya.. cuba berhati-hatilah dalam setiap pergerakkan...memang susah nak mengawalnya. zan sendiri dah bertahun-tahun bawa termos bagak...untuk minum air panas sanggup zan bawa sendiri dari rumah begitu juga bahan asas yang lain...zan beli sendiri dan simpan sendiri. tidak akan berkongsi dengan mereka jika boleh...

9 comments :

Anonymous said...

Kadang2 perkara yg dianggap kecil inilah yg mempengaruhi corak kehidupan kita dan pewaris kita...

memang kena berhati2 dlm setiap perkara lbh2 lg utk berkongsi dgn ca-ya-nun-alif...

Unknown said...

ye fasiha... diaorg ni tak tahu bersih bagaimana yang kita maksudkan.

jadinya kita sendiri kena bertindak mengawalnya.

echah_syed said...

bila ade mnde alah tu kita kena beralah.. :)

Unknown said...

combi,

beralah tapi tegas... dengan garis panduan yg ada .. kita mudah melaluinya.. nak buat macam mana... tmpt kita cari makan...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
ras-adieza said...

susahkan kalau bekerja berkaum2 ni. tapi kalau dah rasa was2 lebih elok kita bawak bekal. hatipun senang...bila nak makan dan minum. kawan yang sorang tu agaknyer memang dia tak der rasa was2 kut.

Unknown said...

ras,

itula yang zan buat bertahun2, sbb jenis izan yang malas nk keluar mkn. tambahan kat situ semua western food dan yang sewaktu dengannya.

kawan tu nanti dalam ketawa zan basuh dia baik2...ekekeke... tak tahulah ngapa dia tak terfikir...

Anonymous said...

saya penah baca (lupa sumber yg tepat, apapun, apa yg sy baca utk keyakinan sy sdiri, x semestinya org lain perlu yakin sperti saya) dalam hal ibadat ni kalau kita telampau teliti pun tak di galakkan apatah lagi kalo menyusahkan diri sdiri. tp tak bmakna saya menyokong sikap 'ke tak sensitifan' sebegitu skali. Alhamdulillah wpun saya juga bkerja, makan bsama kaum cina ni tapi bekas2 makanan mmg masing2 empunya dan stakat ni mmg takde sbrg keraguan soal kebersihan makanan kami.

kalo mereka offer makanan2 mereka (yg tak de unsur bab*) pun kami tolak dgn menunjukkan logo halal di tin biskut yg tidak ada di makanan yg mereka offer tu, jd kami x berani nk mkn.

kdg2 mereka ada juga ckp 'susah la u all ni x boleh mkn, itu x boleh mkn..byk rugi ho'

sy jwb 'ye ka mcm tu.actually ho, yg boleh makan lagiiiiii bnyk dr yg x boleh mkn...psl apa sy mau cari yg x boleh mkn..kalo u ckp sy rugi x mkn *tut* u pon rugi psl x mkn daging lembu...lagi byk sedap hehe' tu antara contoh.

kdg2 sy suka juga keadaan mcm ni bila mana bkn saja mereka, kita juga boleh menyoal tahap kesedaran kita ttg ajaran Islam. Jika x jd mcm ni, tentu kita pun x begitu peduli apa dan bagaimana akhlak makan secara Islam tu patut diamalkan.

dan skrg ni pun ada sabun at-tohir yg sesuai dan diperakui ulama' utk digunakan utk menyamak.tak perlu lagi bersusah2 utk mncari tanah di blkg rumah.

Islam itu mudah dan memudahkan.

Unknown said...

luna,

sabun at-tohir tu, zan tak pernah dngr atau klu terlepas pandang. luna pernah tengok tak... nampaknya zan kena cari sesiapa yang prnh tengok dan arif. nmpknya zan berminat yg ini...

bab mkn, mmg susah terima klu mereka pelawa, bukan sekarang ajer memang dari dulu2... itu yang dia orang terasa sekrag ni.. tapi mmg tak boleh nak buat apa .....

sebenarnya islam ni mudah, yang bukan islam ni tak nak terima... itu yang jadi berat... dah terang2 depan mata kita tahu itu tak boleh nak juga kita buat atau terima.. mana boleh...

sebenarnya teliti sangat tu tidak.. tapi bila was-was datang itu yg jadi satu apa pun tak blh nak fikir. yang kita tak nak tu bila ada was-was datang menyinggah.

zan nak cuba cari tentang at-tohir.. ini memang menarik perhatian. tq luna...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter