Jom join izan

Sunday, November 23, 2008

sebahagian cerita untuk Majlis Merhaban.....23.11.2008

Harini majlis marhaban buat Muhammad Al Amirul. Semangat tullll...........gerem. Anak buah abe....


Diadakan juga majlis berendoi....(kalau diikutkan dah banyak kali amirul naik buai sebelum majlis ni...hemmm)

Bila tengok org merhaban dalam hati berkata-kata(nak jadi ahli merhaban) insyaallah...


Muhammad Al Amirul tembam (maklangnya tmbh)


Orang lain yang punya baby maklangnya yang lebihhhh...... 2 minggu awal dah siapkan....


Kita orang dapur... sambil basuh sambil ambik gambarrrr...

Sebahagian daging ayam..... mesti ambik gambar, kalau tak = tak dapat resipi hihi...

tengoklah makcik tuuuu.... sheboknyerrr.....


Haaa.... menggoreng ayam sambil mencuci mataaa.... makcik tu pesan.... dodok dapur.... boleh dapat ilmu huhu...

2 comments :

Anonymous said...

wah..meriahnyerrr kenduri ank sedara tu..tomei lerr dia..hheee

Unknown said...

heee... meriah tu... k zan ke yang tomei.. tima kasih2 .. hihihi

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter