Jom join izan

Sunday, November 23, 2008

Anugerah award dari intan untuk zan 23.11.2008...

Nak bagi ucapan macam dalam T.V...

(Tak tahu nak cakap apa.... tapi terimakasihlah izan ucapkan terutama kepada intan, kepada kawan-kawan, kepada keluarga abe & anak2......hihihi... walaupun blog izan ni dipanggil blog tempelan... sebab tak tahu apa sebenarnya...tapi sekadar mengisi masa lapang yang selalu terluang.... selain tido...makan dan sebagainya. jika ada ilmu amalkan lah sebagai tambahan jika izan merapu harap terima seadanya. sebab izan baru.... hihihi..lagi nak cakap apa yer...

takpa lah zan berhenti takat ini terima kasih semua sebab menjadikan kulit ku ini setebal kulit buaya.... sememangnya ini banyak mengajar izan terima segala perbuatan....itulah tersirat dan tersurat.}

kawan-kawan sume jangan ketawa lebih-lebih ya.. nanti masuk lalat... dah dapat award kenalah bagi ucapan.

hihi... terima kasih intan... banyak dah intan bagi kat k zan... tp sememangnya k zan buat masa ini tak punya masa cukup seperti dulu untuk "pas beten"... satu hari nanti bila dah ok... k zan cuba luangkan masa untuk pas kan kepada sesiapa. Terima kasih intan.....atas ingatan intan.

3 comments :

intansabreena said...

Sama2 kak Zan..terima kasih sbb sudi terima..hehe

Mcm2 kan dunia blogging ni..Selalu dapat award..kalau dapat duit, best juga..

intansabreena said...

oh ya, terlupa pulak nak tnya...gift kad tu bila nak ambik?hehe

Unknown said...

intan terlibat dengan blog ni ajar k zan keras hati sikit....hihi.. taklah cewek lagiii...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter