Sebenarnya rasa bergetar tu seperti berkedip-kedip pada kelopak mata atas atau mata bawah
Orang tua-tua kata ada maksud-maksud tertentu
Percaya ke?...................
dulu-dulu macam percaya, sekarang.... biarlah, dah dia nak berkedip
Bila kelopak mata atas bergetar orang tua-tua kata macam nak jumpa orang jauh kalau kelopak mata bawah pulak orang tua-tua kata nak menangis
Kadang-kadang macam takut je bila kelopak mata tu bergetar, macam berteka-teka pula
apa-apa ni... ataupun macam dah boleh agak apa nak berlaku
kadang-kadang jadi rimas pula. kalau tak kuat semangat boleh jadi termenung
sepanjang masa tunggu apa yang datang
Biasanya orang perempuan yang cepat begitu, terutamanya izanlah
Apapun... kita kena ingat setiap peristiwa datangnya dari Allah Taala
dan jika terdapat persamaan itu hanyalah kebetulan semata.
Kuatkan hati dan banyakkan bersabar berdoa dan berserah.
Jom join izan
Thursday, November 27, 2008
Mata bergetar...........
Apa tu mata bergetar.... kenapa dia bergetar.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
2 comments :
kalau aku mata kiri bergetar mesti aku nak nangis, walaupun puncanya hanya kerana kucing mati. mata kanan lak sure aku akan jumpa orang jauh atau org yg aku rindu...
na...
kalau 2-2 mata bergetar camana lakkkk....
hihihi.....
Post a Comment