Jom join izan

Saturday, November 1, 2008

Baiti Jannati - Rumahku syurgaku

Saja sembang-sembang santai di rembang hari. berkongsi cerita lama dengan para-para ibu. cerita ketika hayat arwah nenek masih ada dan kami adik-beradik masih bersekolah rendah. Arwah nenek membesarkan 6 anaknya seorang kerana arwah datuk(tak pernah jumpa) sakit tak boleh bangkit. dan apabila arwah datuk telah tiada, nenek tetap seorang menguruskan 6 anak yang kesemuanya perempuan.

Nenek juga menjaga seorang cucunya yang bernama norizan. memang kena leter je manjang, melihat gelagat degil cucu yang dijaganya. Bila masuk alam persekolahan barulah tinggal dengan kedua ibu bapa.


Apa yang mengingatkan izan pada nenek ialah leteran nenek. kebanyakkannya zan amalkan sampai ke hari ini. walaupun tak boleh buat dibuat jugalah.


Apa leteran dia waktu bila. meh zan citer sebahagiannya.


Dulu2 arwah nenek rajin datang rumah melawat2 cucunya. tak jauh pun kalau naik bas dalam 30 sen waktu tu. Tidur rumah kami dalam 2 atau 3 hari. rumah arwah nenek besar, rumah kampung halaman pun luas... bersih kelilingnya. arwah nenek sorang je yang buat.


masa dulu2 mak dengan abah sibuk mencari rezeki dengan berniaga, memang kurang masa untuk kami adik-beradik, pandai-pandai sendiri aje... kalau bilik tidur, rasanya khas untuk tidur aje...maknanya bangkit aje dari tidur keluar dan masuk semula waktu nak tidur. bila nenek datang dia tengok geleng kepala. mana aku nak tidur tempat macam ni.. katanya. dia pun panggil kami adik-beradik ... ijan .. eli, kalau bangkit dari tidur kemas katil bersih-bersih. cantik-cantik, kemas-kemas... macam ni ke anak dara. kalau ada laki... lari kau punya laki... itu kata nenek. kalau tempat tidur nenek dari muda sampai habis hayat dia, memang bersih. umur arwah nenek lebih kurang 80 tahun. bilik arwah nenek memang wangi semulajadi. kami adik beradik memang dah terbiasa cara arwah nenek.


satu lagi, kalau lepas mandi ... nenek kata, mari sini tengok muka tu ... berkilat. arwah nenek kata macam anak paria (maaf cakap). nenek orang dolu2 memang cara agak kasar sebab arwah nenek sorang mengurus semua. arwah nenek pesan... lepas mandi bersiap... kalau muka tu di sapu bedak. baru nampak rupa orang. kata nenek lagi... sape nak pandang kalau muka berkilat. nanti arwah nenek dilumurkannya bedak sehingga habis telinga-telinga dengan belakang tengkuk. arwah nenek sampai akhir hayatnya sentiasa berseri rupanya. memang rajin mengemas diri. kalau rambutnya disiput lapan...haa... cara siputnya hanya dia yang buat, orang lain tak pernah buat, tak tipu cakap....


lepas tu bila dia tengok almari solek kami, mengucap panjang dia.... dia ambiknya kain basah sambil membebel. arwah nenek kata, almari solek biar bersih... disusun semua segala tong-tong bedak. katanya jangan sampai ada habuk bedak... tak rupa bilik anak dara. yang zan dan adik pulak kesian tengok arwah nenek, sambil muka acam tolong jugaklah....sampai arwah nenek puas hati. kalau tengok bilik arwah nenek dulu2 sampai akhir hayat dia, teratur barang keperluan peribadi dia walaupun yang ada sebotol bedak sejuk siam, sekotak bedak batu, sebotol bedak amami, minyak wangi india, sikat...


Bila arwah nenek bangun awal pagi nak sembahyang subuh, dia bukak nya tingkap luas-luas. kalau keliling rumah ada tingkap, semua tingkap harus bagi dia untuk buka. sejuknya.... nyamannya... arwah nenek kata, biar udara panas dalam rumah keluar dan udara sejuk masuk. baru rumah terasa aman. selain itu, biar rezeki murah.....


inilah antara petua arwah nenek... yang diamalkan oleh cucu-cucunya dan telah diubah suai sesuai keadaan hari ini. yang diperturunkan memang nampak remeh tapi memang diamalkan seadanya. sekarang giliran zan pulak membebel kat anak-anak, serupalah macam yang arwah nenek bebelkan..... hari-hari zan bisingkan, biar sampai tersumbat telinga anak-anak zan


















10 comments :

Cetusan said...

jika boleh undur masa nak juga manja dgn atuk nenek huhuu

dina said...

bebelan orang tua itu adalah pedoman untuk generasi akan datang...

kuIna said...

berleter tu cara dia beri nasihat

rindunya...

Eiba said...

Petua yang baik..boleh dijadikan ikutan kannn kak????

ras-adieza said...

satu amalan orang2 tua yang patut diwarisi....

Anonymous said...

zeqzeq,

shedihlah kita.....

Anonymous said...

dina...

itulah yang zan akui...

Anonymous said...

kuina,

memang ye... tapi waktu tu bila dengar suaranya zan cabut 100 langkah.. sebab apa takut kena bantai dengan ranting dari pokok mangga...

Anonymous said...

eiba,

betul tu eiba, bila k zan kenangkan... ada untungnya...

Anonymous said...

ras,

itulah antaranya yg zan lakukan... kemudian sekarang.. ank2 pulak merasa... kik kik kik .... tak bagi peluang.... supaya blh dipergunakan pada masa akan datang.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter