Jom join izan

Wednesday, October 22, 2008

BAGAIMANA HENDAK SIHAT DAN CERIA....


Cuba lihat tajuknya.. zan ajak berkongsilah dari kawan-kawan, tambahan pula buat masa ni zan belum mempunyai bahan menarik.

Kalau ada kawan-kawan yang mempunyai petua atau pengetahuan sila lah kongsi bersama izan.

Usia makin hari makin bertambah, kita makin hari makin lemah dari segi kesihatan sedangkan kita inginkan berada dalam keadaan sihat dan kuat dari segi fizikal dan minda untuk menghadapi hari-hari yang mencabar.

Bagaimana hendak gembira dan ceria jika kita sentiasa tidak sihat dan sakit... lemah dan tak berdaya. izan adalah antaranya yang tidak terkecuali...
apa yang boleh zan lakukan ialah:

1. Senyum... walau kadang-kala berat nak senyum... tapi practise untuk senyum di semua situasi.(tak dapat selalu tapi mencuba)

2. Jangan fikirkan apa orang sekeliling perkatakan tentang diri kita. selagi kita berasa kita tidak menyusahkan orang lain.

3. Yakin dalam setiap keputusan yang dibuat (selepas puas berfikir)

4. sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru...tak semestinya matematik, sejarah dan sebagainya. tapi belajar sesuatu tentang kehidupan, tentang masa depan dan berbagai tentang lagi.

5. berhijrah - berhijrah dari perkara lama kepada perkara baru.

6. Makan jamu atau ubatan atau vitamin tambahan yang boleh membantu kesihatan kita baik.

7. Cuba untuk kosongkan fikiran dari perkara negatif dan isikan dengan yang
positif.

8. Berdoa itu perlu.

Sebenarnya ada diantara ini susah nak dilakukan, tapi inilah diantara proses memanjangkan usia dan keceriaan melainkan jika sudah masanya kita kembali.
Dan selagi jantung berdenyut cubalah untuk ceria...............

Jika ada yang mahu menambah silakan... untuk kita sama-sama mendapat faedahnya.

4 comments :

echah_syed said...

setuju dgn sume yg diatas..

nak tambah satu lagi..bole??

sioknyerr kalo bole gi jejln mkn angin selalu ekk.. :D

Eiba said...

Setuju!! Setuju!! Yang paling penting hati kena ikhlas, jujur dan mendapat jiwa yang tenang. Baru muka tambah berseri. Kalau harap solek jer..memang hampeh kadang2 kan???

Anonymous said...

anananananaaaaaa..... rasa macam nak terbang ke KK .... sejuknyeerr seronok tengok combi di sana...

betul tu... bestnyerrr.... dapat makan angin.

Anonymous said...

eiba...

wa sokong yes..yes... baru kita leh hepi kannn.....

sayanggg eiba...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter