Jom join izan

Saturday, August 2, 2008

pizza sosej ayam




We we we we ... haaa...petang ni juga zan mula percubaan pertama membuat pizza...barang asyik tak cukuppp aje...bila balik aje dari kedai mesti ada yang tertinggal dan tak cukup...alahai..kenapalah dugaan ni datang waktu2 begini. macam tak jadi buat jeeer..nasiblah dalam ketermengahan dapat juga mengadakannya..walaupun masih ada yang tak cukup memandangkan tak pernah tengok...tetapi "pizzaku" tetap jadi. Pizza pertama kurang cantik mungkin perasaan tak sabar melanda....bila Pizza kedua dah jadi,..zan bega balik lah doh pertama tadi. Walaupun penat dan menerima berbagai kritikan..."pizzaku" tetap dilariskan oleh abang iwan dan adik ika..dan juga kepada adik2 ipar yang ada dibelakang rumah. alhamdulillah..lain kali boleh buat lagi...we we we...


marilah tengok bahan2 yang zan sediakan......
Bahan:
500gm tepung gandum
1 peket yeast mauripan (gaul rata)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar majerin
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak
Inti pizza izan

3 keping nenas
4 biji cendawan butang
1/4 cili benggala
1/2 biji tomato
100gm parutan keju mozzarella
1 sudu besar minyak
3 sudu besar tomato puri
3 sudu besar tomato prego
sosej ayam (direbus)
Cara:
1. gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda
3. tumbukkan adunan (untuk menghilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan
4. bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yg dikehendaki
5. biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C
6. keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan
7. bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter