Jom join izan

Sunday, August 24, 2008

kek biskut marie


Anak-anak suka makan kek ni, boleh ke zan panggil kek haa... boleh je lar... selalu ucunya (adik ipar) yang rajin buat. tapi bila dah tak berkecukupan disuruhnya la pula ibunya membuatkan. haa.... memang cukup suka dapat makan kek ni. memang sedap.....
kalau buat kek ni bahannya telur ayam tu bolehla nak pakai 2 biji ke, 3 ke tapi zan pakai 4 biji nak dapatkan rasa lemaknya tu dan gred tak kisah.
oke bahannya mudah je dan caranya pun sangat mudah. zan bakar atas api dengan loyang yang ada dalam gambar tu dan menggunakan api yang perlahan.
Bahan A
1 ketul buttercup
2 cawan milo
1 tin susu pekat
4 biji telor ayam
Bahan B
1 paket besar Biskut marie (yg ada gambar harimau)
(dipatah 4)
caranya:
panaskan loyang diatas api yang sederhana kecil. cairkan buttercup dahulu, kemudian masukkan 1 tin susu pekat, kacau sebati. Masukkan 4 biji telor ayam yang telah dipukul sederhana, dikacau lagi. akhir sekali masukkan 2 cawan milo dan dikacau sebati hingga likat.
apabila dah siap semua, masukkan keseluruhan isi biskut marie yang telah dipatah 4 dikacau lagi seketika dan diratakan. tutup api, kemudian sejukkan disuhu biasa selepas itu masukkan kedalam peti beku untuk disejukkan. setelah itu bolehlah dihidangkan.

8 comments :

Eiba said...

Kak, saya pernah try kek nie. Tapi call "batik sarawak" memang sedap kan..lagi2 kalau sejuk..fffuuuhhh...nyaman sangat. anak2 memang suka.Tahniah buat akak sebab rajinn..x mcm saya..huhuhuhu..

Anonymous said...

eiba ye ke, hehehe akak tau makan jer. skrg confirm org pnggl kek "batik sarawak" ye. betul eiba, bila keluarkan dari peti beku tu kmdn ngap... nyamannya.. tmbh2 rasa milo tu.. ishhh.. sedapp
alar... tahniah ker... eiba pun boleh buat gak... akk dolu2 pun 2X3hehehe.... . timaseh lah.

Akak said...

Salam Izan...

Hurmm sedapnya kalau dapat makan, antar kat akak sikit yea..

Anonymous said...

Salam akak,

Alar... dah habissssss.... dikerejakan dek ank2 tu..hehehe.

dina said...

kek ni kalau tambah kismis dgn kacng tanah lagi best tau Zan...

Anonymous said...

Dina betul ke... kalau kacang tanah tu ok lagi... kismis tu... alamat kena pilih dengan anak zan yang perempuan tu... mesti lagi lemak kan...

dina said...

memang betul zan... biasa kalau aku buat mesti guna kismis hitam dgn kacang tanah yg ditumbuk kasar... kalau adik ika tak suka, kau buleh taburkan atas kek je... tak payah masukkn sekali dalam adunan

Anonymous said...

dina nanti nak try.. raya ni buleh try...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter