Jom join izan

Sunday, August 24, 2008

sambal goreng sardin & pucuk ubi

Beberapa harini asyik hujannn jer.. kalau tahun dulu2 bila cuaca panas je memanjang orang kata ooo..tak lama lagi nak sambut bulan puasa. tapi tahun ni puasa lebih kurang seminggu je lagi bagaimanapun cuaca redup, petang hujan lebat...tu lar keadaan dah berubah. lebih kurang seminggu je lagi umat Islam akan menyambut bulan ramadhan.
Disebabkan cuaca yang tak menentu, mood nak jenjalan pun takde..duduk rumah je. harini masak lauk sambal goreng ikan sardin dengan pucuk ubi. sedap niiii...dulu2 zaman sekolah, mak zan memang suka masak macam ni...dia kata semua zat ada dalam semacam lauk..betul ke..entahlah tu kata mak zan, mungkin je betul.
Bahan A (kisar)
RM1.00 cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil minyak masak
1/4 cawan air biasa


Bahan B

1 tin kecil sardin (digoreng isinya)
2 sudu sos sardin
secekak kecil pucuk ubi
1/4 asam keping
sedikit garam
secubit ajinomoto
minyak untuk memasak

caranya:
panaskan minyak kemudian ditumiskan bahan A campurkan 1/4 asam keping dan 2 sudu sos ikan sardin, kacau hingga agak garing dan masukkan secekak kecil pucuk ubi. kemudian dimasukkan 1/4 cawan air biasa dikacau dan diberikan perasa garam dan secubit ajinomoto. digaul hingga pucuk ubi empuk. akhir sekali masukkan isi ikan sardin yang telah digoreng terlebih dahulu. kemudian dikacau rata dan setelah masak boleh diangkat dan dihidangkan.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter