gulai lemak jantung pisang
Dah beberapa hari dapur tak berasap, bukan apa... hari mendung 2 - 3 hari, petang aje hujan lebat. Harini barulah dapat peluang mengintai dapur. Semalam ada beli jantung pisang kat pasar malam, tu teringat gulai lemak jantung pisang. buat pedas2 makan dengan kicap tamin aduuu...berasap. lawannya macam2 adee... ada ikan pekasam la, udang goreng la...telur asin pun ada he he he....
Bahan 2 buah jantung pisang (dipotong bulat)segenggam ikan bilis (yang telah dibelah)1 biji santan kelapa1/2 asam kepingsedikit garamsecubit ajinomoto1 helai daun kunyitBahan kisar3 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1/2 inci kunyit hidupRM1.00 cili padi (ikut rasa jika nak pedas)Cara:masukkan dalam periuk semua bahan kisar, santan, daun kunyit dan juga jantung pisang serta ikan bilis dan panaskan. sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyaknya. kemudian dimasukkan 1/2 asam keping diperasakan dengan garam dan secubit ajinomoto. kemudian dikacau sehingga empuk lagi dan masak barulah diangkat untuk dihidangkan.
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
2 comments :
tatau combi jantung bole dilemak ekk.sedapnyerr nnt nak try buat laa.. :)
combi rebus cicah sambal blacan jer..
combi boleh jer... lg hr tu mak usu zan dtg rmh dia kata pula..dia buat goreng pulak tu. goreng jantung pisang. nanti lah izan tanya ngan dia bila2, macam mana lak buat goreng ... mesti sedap..
combi dah try blom... shedapkannnn.
.......
Post a Comment