Jom join izan

Tuesday, August 26, 2008

gulai lemak cili api jering


mak izan bagitau arwah nenek panggil jengkol untuk bahasa jawa. kalau ayah zan pula dari padang tapi ikut bahasa melayunya jering..hehehe... ini makanan kesukaan seluruh keluarga izan. suami ... pening kepala tapi dia boleh pulak rasa kuahnya. kalau nak tahu tiap tahun raya pertama mak izan akan buat ni sebab semua yang bertumpu kerumah mak izan ni bukan cari rendang tapi cari masak lemak ni. kalau mak yang buat pedas nya berasap telinga .. maksimum punya pedas. lagi pedas lagi sedap makan.

kalau rumah terpisah dengan dinding baiklah tabik2 dulu (hehehe.. gurau je). waktu merebus tu ... baunya naik tu yang tak tahan .... boleh pengsan. tapi bila mengenangkan sedapnya makan dengan nasi tu tahan lah juga. setahun sekali jer ... buat hilangkan gian. tapi bulan pose tak buleh lah... makruh.

oke..bahannya

Bahan A

garam

sedikit ajinomoto

1/2 biji santan kelapa

sedikit ikan bilis (rencah)

1/2 asam keping

8 biji jering dibelah dua dan direbus hingga empuk dahulu

kemudian ditumbuk perlahan2 menggunakan lesung dengan kedudukan yang rata dibawah.

Bahan kisar

RM1.00 cili api

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 sudu kecil minyak masak

caranya:

panaskan periuk dan campurkan keseluruhan bahan dan kacau sentiasa. diberikan perasa garam dan ajinomoto. dikacau lagi sehingga masak dan kuah menjadi pekat dan sedikit kering. kecilkan api dan boleh dibiarkan tanpa dikacau. kemudian boleh diangkat untuk dihidangkan.

8 comments :

ras-adieza said...

tak pernah lah makan. mesti jering tu jadi lembut bila masak gulai tu. Bau dia masih ada ker?

Anonymous said...

selalunya buat dengan jering tua, jadi kita kenalah rebus dulu hingga air kering. masa tu masih keraslah. jadi guna anak batu lesung kita tumbuk dia. masa tu jadilah camtu rupanya. baunya masa tu tak ada dah sebab dah masak... hehehe.. cubalah. sedapp...

dina said...

kalau dapat jering tanam lagi best ye zan... sedapnya

Anonymous said...

Waaa.. dina pun tahu yeee... zan dapat yang tularrr... sebab tu suami zan pening lalat... hehehe..

dina said...

tau... org kg la zan... semua aku makan... hehhee

Anonymous said...

dina...

kita serupaaaa..... kita pun hentam sajaaa... hihihi...

dina said...

hahahhaa... betul tu...

Anonymous said...

waa hahaha...

enjoy..enjoy... bila lagi kan...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter