Jom join izan

Sunday, August 10, 2008

10.08.2008 - Man & Amy

Inilah adik lelaki kak sal yang no. 3 melangsung perkahwinan hari ini..10.08.2008. semoga kekal ke anak cucu...terima kasih pada kak sal dan keluarga kerana sudi menjemput kami sekeluarga.


Lepas aje zan habis makan... suruh kak sal panggil adik dia...siapa tu... - Haliza Misbun. x lepaskan peluang walau dh jumpa sekali dua ... tapi kalini... kita nak bergambar juga .... jadi dari kiri duduk ... linda, shanti, zan dan anak. Dari kiri berdiri liza, zack dan suami serta anak. lepas makan dan bergambar zan sekeluarga bergegas balik sebab abang iwan tak rehat dari pukul 4.00 pagi tadi.. kemudian malam ada kenduri pula dirumah mak mertua.


Hai..kita pun peminat jugaaa........ tak lepaskan peluang tu, awie baru balik dari hospital kerana isterinya iaitu adik kak sal dah melahirkan baby boy yang kedua pada 08.08.2008 iaitu pagi jumaat. tapi sporting sebab masih sudi bergambar walaupun penat....... zul mana.. dia maluuu....he he he... i tidakkk...



Ini lah diantara buah tangan dari kak sal dan keluarga buat kami.....

2 comments :

Akak said...

Salam Zan...

Hurmm seronoknya boleh bergambar ngan artis...

Anonymous said...

Salam akak,

hehehe...kawan2 jugak tu...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter