Jom join izan

Saturday, July 26, 2008

sambal goreng ikan keli


Bukan semua orang suka makan ikan keli, tapi kalau dirumah ni... rasanya selagi tak jemu memang disuruh supaya masak ikan keli, samada digoreng saja atau digoreng berlada ke ... kadang2 dibakar je cicah pula dengan air asam.
Bahan:
4 ekor ikan keli (digoreng terlebih dahulu)
sedikit asam keping
garam/ajinomoto
minyak masak
1/2 cawan kecil air biasa
Bahan kisar:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering
caranya:
4 ekor ikan keli digoreng terlebih dahulu bersama sedikit garam dan kunyit.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga agak garing. kemudian dimasukkan sedikit asam keping dan sedikit air dan dikacau lagi. setelah masak bahan tersebut di letakkan sedikit garam/ajinomoto. akhir sekali di campurkan 2 ekor ikan keli dan digaul bersama bahan masakan. kemudian boleh ditutup apinya dan diangkat.

2 comments :

umi_e said...

sedapnya!!!

* kak e tak boleh tinggalkan msg kat shoutbox... tak tau ler pasal apa...

Anonymous said...

kak e suka juga ikan keli ya...

......kdg2 shoutbox memang mcm tu....tak pe...thanx kak e.

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter