Kalau nak tahu, kat rumah ni semuanya suka makan masak kicap samada daging ataupun ayam. resipi ni memang dari izan kecil2 lagi sebab mak izan dulu-dulu selalu masak kicap daging. sebab apa ... kami dulu2 tak suka makan sayur, jadi untuk ajar kami makan tanpa memilih mak pun masak kicap daging dicampurkan bawang besar .. dengan cili api. lepas tu kena habiskan apa yang ada dalam pinggan kami .. tapi anak2 sekarang di pilihnya daging aje... bawang dan cili diketepikan. penuhlah tepi pinggan tu dengan bawang dan cili.... alahaiiii.........
Bahan:
1/2 kilo daging dihiris kecil
garam/ajinomoto
4 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap masin
sedikit cuka
sedikit air
minyak masak
Bahan A: - dihiris
8 tangkai cili padi
2 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
1/4 inci halia
panaskan minyak masak (jangan terlalu banyak) didalam kuali. kemudian dimasukkan daging dan dibiarkan sehingga masak. selepas itu dimasukkan bahan yang telah hiris kesemuanya dan digaul agak empuk. tuangkan pula 4 sudu besar kicap masin dan direnjis sedikit cuka (jika tak suka boleh diganti dengan asam keping). masukkan sedikit air dan akhir sekali diberi perasa sedikit garam dan ajinomoto. kemudian digaul dan boleh diangkat.
No comments :
Post a Comment