Kadang-kadang puas memikir, harini nak masak apa.(setuju tak?....), walaupun ada berbagai-bagai resipi, tapi masih buntu hidangan apa yang hendak disajikan untuk makan tengahari. selepas puas memikir akhirnya masak lemak peria bersama udang menjadi diantara lauk-pauk yang tersaji. kombinasi 2 dalam 1.
Bahan A:
(kesemuanya dikisar)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
RM1.00 cili api
Bahan B:
4 biji peria (dibelah2)
250gm udang
garam
ajinomoto
asam keping
santan kelapa
caranya:
Panaskan periuk bersama bahan kisar dan santan kelapa juga peria. diletakkan asam keping. Dikacau santan supaya tidak pecah minyak. apabila peria agak empuk masukkan udang kemudian dikacau lagi. masukkan garam dan sedikit ajinomoto secukup rasa. teruskan kacau hingga masak kemudian diangkat.
2 comments :
salam izan..nk tanya..bwg kecil tu bwg merah yg kecik ka? hehe..klu mama anis yg masak..WAJIB taruk walau sket gula..hahahaha...
mama anis...ye tu..zan panggil bawang kecil...taruk gula manisss..tak besa..nanti lain kali zan cuba...
Post a Comment