Jom join izan

Saturday, July 19, 2008

nasi goreng biasa


Malam ni tak rasa nak makan berlauk. sebab siang tadi dah memasak2 kerana rombongan cek-cek embun yang memang suka nak mendera..kih.kih.kih...(maaplar ... cek embun jolie & maya) tak pandang kiri kanan dah... wa caya lu.. memang tak caya punya. cif, memang betul cerita cif.. dia dua orang ha.... macam itu keta lumba punya... pecut tak tunggu orang belakang...he he he.... .
Jadinya, malam ini izan cuma mampu buat nasi goreng biasa saja. tapi famili izan memang suka makan nasi goreng... tak kira macam mana rencah dia. disebabkan nak ringkas, izan masak je nasi goreng biasa. habis licin juga.
mai lah tengok resipinya...

bahannya:

(bahan A - dihiris)

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

10 tangkai cili api

(bahan B)

nasi putih

2 biji telor ayam

50 sen ikan bilis

minyak untuk menumis

garam secukup rasa

caranya:

panaskan minyak kemudian tumis bahan A bersama ikan bilis(yg telah dibelah2) dan garam secukup rasa, bila sudah naik bau masukkan nasi putih kemudian di kacau sebati. kemudian masukkan 2 biji telor ayam kacau mesra dan dimasak sehingga agak kering kemudian boleh diangkat. sedia untuk dihidangkan.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter