anak sawi .... kalau dah dibelikan harus ... dimasakkan. inipun da jadi kegemaran kami suami isteri ..:)
kadang-kadang bila pergi "lunch" dengan "member-member" opis .. dapat member sekepala ... suka makan sayur. selalunya member akak akan order sayuran masak itu.. masak ini ... nanti bila akak rasa sedap ... akan tanya pada member yang biasa makan ... macam mana masak sayur ni ... apa bahannya ... kadang bila lepas makan ... mesti teringin nak makan hidangan tu sekali lagi ... tapi sesekali try juga masak sendiri ... ehhh jadilah ... hi2..
Bahan
8 ketul anak sawi cina
semangkuk air putih
bahan menumis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
5 tangkai cili api
2 sudu besar sos tiram
sedikit minyak
sedikit air masak
cara memasak
- panaskan semangkuk air dalam periuk
- masukkan kesemua sayur dan sedikit garam
- rebus sehingga air menggelegak
- tutup api, toskan air angkat sayur dan aturkan dalam pinggan
- panaskan kuali
- letak 2 sudu minyak masak
- masukkan bawang merah & bawang putih yg telah dihiris goreng sehingga naik bau
- masukkan hirisan cili api dan belahan ikan bilis kacau sehingga agak garing
- masukkan 2 sudu besar sos tiram kacau
- tambahkan sedikit air masak agak-agak untuk berkuah
- kacau hingga menggelegak dan tutup api
- akhir sekali tuang kedalam sayuran yang telah direbus dan hidangkan
bagaimana ... senangkan sawi masak sos tiram ni...
bila nak makan kan .... colek-colek golek-golekkan sayur guna sudu ... mandikan gaulkan sayur tu dalam kuah... angkat dalam pinggan, makan sayur saja tanpa nasi pun sedap.... tak caya ... cubalah
oyerrr ... nape akak tak letak garam ... sos tiram tu da masin jadinya akak tak letak garam .. jadi agak2 jgn terbanyak air, tapi kalau rasa tawar ... samada tambah sos tiram atau kalau suka letaklah sedikit garam ....
selamat mencuba .... :)
No comments :
Post a Comment