Jom join izan

Sunday, January 19, 2014

Sambal Belacan kisar

ada tak yang tak suka sambal belacan atau pun sambal ketuk ...
kalau tak ada yang pedas-pedas dalam lauk ... nasi lambat nak abis ..

tapi akak da lama tak tumbuk sambal ... tak larat :)
sekarang ni kisar aje cepat ... tahan seminggu .. setiap hari mesti nak ada cicahan
selalunya lah ... bila akak beli cili api 1 bakul kecil .. simpan dalam peti ais
bila lepas seminggu  .. ada baki cili api yang tak digunakan akak ambil kesemuanya dan kisar menjadikan sambal belacan ... maka tiada pembaziran berlaku

dibawah dlm pic ni - jumlah yang digunakan dalam setiap sambal belacan yang akak kisar, sekarang akak campur cili besar ada sebiji bawang dan sedikit minyak



Bahannya:

20 tangkai cili api
3 tangkai cili besar
1 ulas bawang kecil
5 / 6 biji limau kasturi
belacan
2 sudu minyak
1 sudu besar msg
sedikit air


caranya:

bakar dahulu atas kuali, belacan, ikut suka nak banyak mana ... tapi akak tak suka sangat banyak belacan... kacau hingga agak garing


masukkan kesemua cili api / cili besar, belacan, sedikit minyak, bawang kecil, msg dan sedikit air masak. kisar ... tambah air sedikit demi sedikit agar bahan boleh dikisar dan ikut kesesuaian pekat atau cair.

bila bahan dah tak boleh dikisar kerana terlalu pekat, jgn risau, masukkan jus limau kedalam bahan kisar. jika tiada jus limau, boleh digantikan dengan air asam jawa.


taraaarrr .... tu dia sambal belacan yang dah siap ..


akak akan simpan dalam bekas letakkan dalam peti ais. tahan seminggu.
kadang bila nak masak kangkung belacan akak ambil sedikit. bila nak guna tu sebelum akak ambil sesudu akak gaulkan dulu keseluruhan supaya dia sentiasa sebati.

okey ...... tu lah kan dolu2 akak kata kalau tak tumbuk tak umpphh ... tapi sekarang dah tak mampu sangat nak menumbuk kerana ... masa itu emas :)

semoga memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

2 comments :

azlia said...

terbaekkk!! ni ble wat stok msk dlm peti ais..

Unknown said...

hari-hari berselera ... uishhh ... jangan lupa sayur2 kampung yang segar2 tu ya ..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter