Jom join izan

Tuesday, January 14, 2014

Melaksanakan apa yang telah disediakan ...

Adakah anda isteri/ibu yang sempurna? ....

bagi akak izan .... belum lagi sempurna. Tetapi sebaik mungkin memperbaiki untuk menjadi sangat sempurna .... adik2 dan kakak2 semua ... setuju tak ....

walaupun sibuk bekerja ... Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik dari Allah swt. ... selain melaksanakan kerja2 dengan sebaik mungkin ... juga melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu rumah tangga yang baik ....

setelah sempurna disediakan segala keperluan maka sebagai isteri/ibu ... kita selesaikan dengan baik dan teratur ... agar semua menjadi lebih baik dan lebih teratur ...

beginilah keadaan peti es akak izan setiap hujung minggu / ketika bercuti ... 



segala keperluan dan kemudahan segera di sediakan agar mudah dikerjakan pada setiap hari. beruntunglah bagi mereka yang tempat kerjanya berdekatan dan masa pergi dan balik kerja adalah singkat ... berbanding dengan akak izan ... pergi dan balik makan masa agak lama ... maka akak izan kena lebih kreatif dalam menyediakan hidangan untuk anak-anak yang ditinggalkan dan untuk hidangan malam supaya lebih cepat dan tidak mengambil masa yang lama.

penggunaan plastik akak izan gunakan ... jika masih elok akak akan basuh semula .. ini kerana jika menggunakan bekas plastik adakalanya jika penuh boleh terjatuh dari peti es dan pecah ketika dibuka oleh anak2 yang kurang cermat ... 

jika menggunakan plastik akak izan dah berbagi lauk yang akan dimasak untuk sekali masak tanpa perlu merendam dalam satu bekas berkali-kali setiap kali hendak memasak cuma tinggal memilih untuk memasak. kadang-kadang bawang-bawang yang telah siap dikupas berlainan jenis dan berlainan plastik akak simpan siap-siap dalam peti es .... sayur pun begitu, akak dah siap siang sayur masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti es. bila nak masak akak tinggal memilih untuk memasak aje. 

semoga memberi manfaat kepada adik-adik dan kakak kakak .... 

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter