Jom join izan

Tuesday, November 12, 2013

Mee Goreng spesel ..

malam ni akak da tak tau nak masak apa ... duk renung ditenung peti es ni apa yang ada lagi. adanya mee kuning ... ada baki isi ayam ... sayur sawi yang baru 2 ke 3 tangkai berusik. nak tukar selera malamlah ... tambahan cuaca sekarang hujan .. okeylah hati tu kata malam ni nak buat mee goreng aje ... abe zul pun bila dengar buat "thumbs up" ... okey lah ni ... datang balik mood nak makan.



Bahan

1 peket mee kuning
6 tangkai sayur sawi (nak lebih pun okey)
1 mangkuk kecil daging ayam (dicincang kecil)
1 tangkai cili besar/merah (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu besar cili sos (jenis sos cili kfc ~ pilihan akak)
2 sudu besar sos tiram (jenis adabi)
kicap masin (pilihan akak jenis tamin)
1/2 cawan air putih
sedikit minyak masak
garam
msg


caranya:

1. panaskan minyak
2. tumiskan bawang sedikit garing
3. masukkan ayam goreng hingga ayam masak/garing
4. masukkan tangkai daun sawi dahulu sehingga agak lembut
5. masukkan daun sawi pula dan kacau hingga sedikit masak
6. masukkan 2 besar sudu sos tiram, 2 besar sudu sos cili, air
7. masukkan kicap masin (jgn terlalu banyak jika tak mahu masin) kacau
8. masukkan secubit garam dan secubit msg - kacau
9. masukkan mee kuning & hirisan cili merah/besar - kacau dan sebatikan 


da siap ... hidangkan. 

sekarang ni 1 peket mee kuning ni boleh makan 2 orang dewasa atau 3 orang saja. kalau suka nak tambah telur ke .. atau buat telur dadar ke .... tapi akak sebab da lapar ... apa ada ... siap hidang terus je makan ... 

oooo ye ... jangan lupa sebelum makan baca apa

BISMILLAH ..... ;)  

yang pasti ini boleh dikira hidangan malam tadilah ... cuma post disiang hari ..

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter