Jom join izan

Tuesday, November 12, 2013

char koay teow udang

buntu ...... serba tak kena .... mee kuning da abis. beras belum ditanak ... apa lagi yang ada dalam peti es ... ada koay teow da keras .. yelar berapa minggu duk dalam peti es tak berusik lagi ... nampaknya kena masak jugak nih lah ... balik tadi singgah gerai cari pisang masak. adik ika nak cokodok pisang ... gorengkan jugalah semangkuk besar ... duk pikir cokodok tak cukup ni nanti .. tu yang terlaksana char koay teow .. minta tolong abe zul cari udang kot ada lagi yang da lunyai2 tu belilah barang 2 ke 3 ekor ... sayur sawi .. haaa jeng jeng ...  char koay teow tanjung buaya ... eekkk .. char koay teow songei boye ..


Bahan

1 peket koay teow
5 tangkai sayur sawi
10 ekor udang kecil
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili dibelah 2
2 sudu besar sos tiram adabi
1 sudu besar kicap masin tamin
2 biji telor ayam
1/2 cawan air putih
garam
msg
minyak



caranya:

1. panaskan minyak.
2. tumiskan hirisan bawang-bawang.
3. masukkan batang sayur sawi, udang dan kacau.
4. masukkan 2 sudu sos tiram dan 1 sudu kicap masin kacau.
5. masukkan 1/2 sudu kecil garam
6. secubit msg kacau.
7. pecahkan 2 biji telor dan perlahankan api. 
8. kacau rata supaya telor tidak melekat dikuali.
9. masukkan 1/2 cawan air kacau rata (ikut kepekatan yang dikehendaki)
10. masukkan koay teow dan hirisan cili api. kacau.
11. kacau rata dan kuatkan api.
12. koay teow da lembut, rasa seimbang. boleh diangkat dan dihidangkan.



bak kata chef ammar ... masak dari hati, masak with iman .... senyum mesti selalu

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter