Jom join izan

Tuesday, November 19, 2013

Masak lemak peria udang

sesekali Dialog ibu .... khas buat anak-anak

lepas solat isya' ibu pun gegas masak lauk tuk kita makan malam .. kadang-kadang ibu masak semacam lauk .. tapi dalamnya ibu letak sayur bagai .. supaya ibu tak kena masak 2 macam lauk asing ... sebab da malam ibu nak cepat duduk pulak ... :D



kadang lauk subuh ada baki ... jadilah malam masak semacam da jadi 2 macam kan ..
kalau masak berkuah macam ni .. adik mesti tanya - pedas tak. kalau abang iwan pulak, bila pedas sangat dia kata berasap telinganya ... kata anak orang minang (sebenarnya anak Banjar .. hihi) .. kalau tak pedas mana nak sedap .. tapi sebab yang jaga adik dengan abang adalah orang banjar itulah atuk dengan nenek .. makanya pedas campur manis ... tapi abah pulak bila tengok ibu masak macam ni .. disuruhnya ibu buat pedas-pedas .. :D

mana satu ibu nak ikut .. anak-anak ke abah ... akhirnya ibu buat kurang pedas .. sebab ingat adik kalau pedas .. tak lalu nak tambah nasi. abang plak ... merungut pedas sangat ... ibu dengan abah mengalahlah 



Bahan

5 biji peria (sebesar bawang) dibelah 6
18 ekor udang sederhana besar
RM4 pati santan
garam
msg
1/2 cawan air
1/4 asam keping
serbuk kunyit
1 batang serai

bahan giling

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang merah
8 tangkai cili api 
air (mengikut kesesuaian)
2 sudu minyak masak (untuk hancurkan biji cili)



cara memasak

- masukkan bahan giling, santan, serbuk kunyit, peria, serai kacau hingga santan hampir masak
- masukkan air masak mengikut kepekatan sesuai kacau dan masukkan asam keping, garam, msg mengikut kesesuaian rasa
- masukkan udang kacau lagi kuah hingga masak.
- macam mana nak tahu dah masak lihat pada bahagian dalam tepi periuk. jika nampak santan yang melekat didinding periuk itu bermakna santan da masak


yang ibu tak boleh lupa ... udang tinggal 2 ekor, adik nak ambik lagi - ibu nampak dalam pinggan adik nasi da abis .. bila tangan adik capai nak ambik udang lagi .. ibu pukul tangan adik .. abah plak tercengang nape ibu pukul tangan adik .. adik plak muncungkan bibir sebab tangan da kena pukul dengan ibu .. yang sebenarnya .. ibu baru makan sekor udang ... abah pun sama ... hihi .. tapi adik dengan abang yang menang ...

p/s: ibu tak pandai mana pun, tapi ibu pun nak juga pahala meluas yang ibu tak nampak. yang ibu ada sedikit ilmu, ibu naklah kongsi dengan sesiapa yang mahu :D 

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter