Alhamdulillah .. syukur dengan setiap pemberian dariNya ...
disini akak kongsikan satu resipi yang cuba dan baru akak amalkan ...
bagi yang susah nak makan buah tomato secara mentah melainkan dengan sambal belacan seperti akak .. memang nak habiskan sebiji tu susah bangat rasanya ..
tapi akak google ... dapat resipi dari kawan kita sumber dari: @ sunkist (terima kasih buat sunkist kerana resipi yang dikongsikannya)
Bahan kisar
1 biji tomato masak ranum (belah 4)
2 inci batang saderi
1/4 air masak
Bahan tambahan
2 atau 3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
caranya
1. bahan kisar campur bahan tambahan kacau sebati
2. hidangkan
sesuai untuk secawan jus - selalunya akak buat sebelum waktu maghrib dan minumnya 1 jam sebelum makan makanan yang lain.
kesan dari meminum jus tomato dan saderi antaranya ~ rasanya sedap huhu .... akak minum sambil totop mata itu hari pertama .. hari kedua .. redhakan aje .. hari ketiga ... akak redhakan aje ... hari keempat ... akak da redhakan dan seterusnya insya Allah:
1 - pori2 muka mengecil
2 - melembabkan kulit
3 - menghaluskan kulit
4 - mencerahkan kulit
5 - jimat kos beli bahan kecantikkan (jimat tu wajib ya ... he3)
ini dari yang akak google : khasiat tomato
Obesiti
Obesiti atau kegemukkan melampau yang melanda Malaysia kini terutamanya golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa amat membimbangkan. Untuk mengurangkan berat badan, amalkan memakan satu atau dua biji tomato setiap hari tanpa perlu mengambil sarapan selama 2 bulan. Kaedah ini dianggap cara yang paling selamat untuk mengurangkan berat badan, walaupun anda tidak mengambil sarapan usah bimbang kerana tomato akan membekalkan elemen-elemen penting yang diperlukan untuk badan seperti tenaga dan gula semulajadi.
Gangguan Pernafasan
Gangguan pernafasan seperti lelah dan asma sangat merimaskan dan membataskan pergerakan anda bukan? Dengan hanya meminum satu gelas jus tomato segar dicampurkan bersama madu dan buah pelaga setiap hari mampu melawan penyakit ini. Tomato akan bertindak sebagai agen pertahanan badan dan selain itu juga membantu untuk mengurangkan pencampuran ubat-ubatan yang selalunya terjadi pada penghidap penyakit batuk berdarah.
Usus dan Hati
Berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam perut dan sembelit. Anda hanya perlu meminum segelas penuh jus tomato segar setiap hari yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Seeloknya diminum di awal pagi kerana ia memudahkan penghadaman. Selain daripada membantu merawat masalah usus dan hati, ia juga boleh membantu ibu yang mabuk di awal kehamilan. Lebih elok sebelum dijadikan jus, kulit buah tomato itu dibuang untuk memudahkan penghadaman dan masalah sembelit.
Mata
Tomato sangat baik untuk kesihatan mata kerana ia kaya dengan vitamin A. Penyakit mata seperti rabun malam dan rabun jauh atau penyakit mata yang lain terjadi kerana kurangnya vitamin didalam badan. Bukan sahaja lobak merah atau berri baik untuk mata, tomato juga boleh membantu menghasilkan vitamin yang diperlukan oleh badan. Tidak hanya tomato berfungsi membantu mendapatkan mata yang sihat, daun dari pokok tomato jika direndamkan didalam air panas selama 15 minit dan ditutup rapat mampu untuk merawat penyakit saraf mata. Tomato hanya perlu dijadikan jus dan diminum setiap hari pada waktu pagi dan malam.
Kulit
Tomato sangat sinonim dengan kecantikan dan kesihatan kulit juga. Manfaatnya yang tersendiri untuk melicinkan dan menegangkan kulit amat diyakini oleh masyarakat dunia. Dikatakan makanan yang dimasak dengan kandungan tomato yang tinggi boleh membantu kerosakkan kulit akibat cahaya matahari. Jika tidak gemar untuk dimakan, apakata cuba jadikan tomato sebagai masker pada muka. Hanya potongkan tomato dan gosokkan nya pada muka setiap hari sebagai amalan. Nescaya kulit anda akan lebih berseri kerana air dari tomato membantu untuk membuang sel-sel kulit mati. Untuk hasil yang lebih baik pada kulit anda, makan tomato mentah setiap hari kerana ia mempunyai vitamin A, vitamin C dan vitamin E.
-----------------
okey .. kalau nak info lagi ... silalah rajin2 google sendiri pula ekkkk .....
No comments :
Post a Comment