Jom join izan

Tuesday, November 5, 2013

Hongkong Sawi

sawi Hongkong .... sedap. sedap dibuat goreng macam ni... baik untuk kesihatan .. sayuran hijau kan ...

kalau anak bujang akak diceritakan makan sayur hijau ni rasa ayam, mengelat aje katanya betul ke rasa ayam ... itulah tak pandai menikmati sayuran hijau ..

tapi sebenarnya kalau diikutkan, makan nasi tanpa sayur serasa tidak lengkap hidangan .. siapa setuju ... pasti ramai yang tahu ... ohhh tidak ramai yang setuju .. yang pasti ... tanpa sayuran hijau rasa tak cukup hidangan




Bahan

8 tangkai sawi hong kong
sedikit ikan bilis
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 tangai cili merah
sedikit garam
sedikit msg
sedikit minyak
sedikit air putih



cara memasak

panaskan minyak
masukkan ikan bilis yang telah dibersih
kemudian masukkan hirisan bawang merah dan putih
letak sedikit garam dan msg kacau
masukkan sayur dan cili perlahankan api
masukkan sedikit air
balikkan seketika
angkat

akak izan memang suka goreng sayur tak cukup masak. sebab nak kekalkan warna hijau. supaya zat tak hilang. rasanya .. ummppphh ... kalau kat kedai dapat sebatang dua da berapa harganyakan ...


adik2 kakak2 masak kat rumah ... makan boleh ulang 2 ke 3 kali .. jimat .. kadang akak izan sekali aje ... sebab lepas habis makan nasi berlauk ... makan sayur saja begitu sampai habis ... jimat ... hoho jimat itu perlu yaaaa ... 

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter