Jom join izan

Sunday, November 24, 2013

Daging Masak HItam

baki daging korban ... pengabisan  akak simpan ..
target ari minggu nak masak hitam daging ... selalunya time2 coti akak pagi da siap masak pukul 9.00 ke 10.00 da setat masak tuk makan tengahari
 ... malam da pikir pagi ... pagi da pikir petang ... petang bawak ke malam semula ...

yang pasti ... Lillahi Taala ... tanam dalam hati selalu



Bahan utama

1/2 kilo daging (dihiris nipis)

Bahan giling

(Gilingan pertama)

10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar (sederhana besar)
2 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
sedikit air
sedikit minyak

(Gilingan kedua)

2 biji tomato (sederhana besar)
1/2 inci halia
3 batang serai (2 inci setiap satu)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili sos
1/4 cawan air

Bahan tumis

5 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 1/2 kayu manis (ditumbuk2 menjadi kepingan)
secubit jintan manis
secubit jintan putih


Bahan tambahan

sedikit garam
msg
2 jemput gula
kicap masin (cap tamin)
minyak untuk memasak


cara memasak

1. panaskan minyak secukupnya
2. tumiskan semua bahan tumis hingga naik bau
3. masuk bahan gilingan pertama, masak hingga sedikit garing
4. masuk bahan gilingan kedua, kacau supaya tidak melekat dibahagian bawah. kacau hingga sedikit masak
5. masukkan daging, letak pada api perlahan/sederhana
6. kacau masakan dan jaga jangan dibiar bawahnya hangus
7. masukkan 2 sudu besar kicap masin (selaraskan dengan garam)
8. garam, gula dan msg
9. selaraskan mengikut kesukaan dan kemasinan dan kemasaman masing-masing




bak kata chef Ammar .. masak dari hati .. masak with iman .. senyum mesti selalu ..

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter