Jom join izan

Tuesday, September 10, 2013

COFFEe HOUSE @ SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR

rejeki ... jangan ditolak ...
doa banyak-banyak supaya boss sentiasa dimurahkan rejeki ..
akan datang boleh belanja lagi ... Alhamdulillah syukur ....

akak rekomenkan kalau makanan kegemaran Rasulullah s.a.w iaitu daging kambing ... resipi chef dari sini memang sedap .... makanan sunnah ... dua kali akak cicipi ... tapi akak tak ambil nasi .... bersama ikan salmon .... 



kemudian akak cuba merasa manisan yang berbagai ... tapi akak mampu yang ini saja 





akak kurang gemar pada mee rebus ... tapi selepas mencuba mee rebus resipi dari chef yang sama ..... mmm boleh makan ... dan sedap


akhir sekali ... banyak tu je aiskrim yang akak mampu nak cuba .... da kenyang .. Alhamdulillah ... penutup sekali lagi makanan sunnah dan jelly strawberry ... 



selepas makan ... hati pun da ceria ...  balik opis bertugas balik dalam keadaan masih terasa betapa enaknya makanan disitu.


vol. 1

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter