Jom join izan

Saturday, August 31, 2013

Masak lemak Udang Rebung

Bukan kerana akak izan orang minang ... makanya masak pun sumenya lemak cili api ... tapi sebab da suka makan berlemak ni dari kecik .. tu yang sikit2 masak lemak ... sikit2 lemak cili api .. tapi yang penting .. semuanya suka

Masak lemak cili api rebung dengan udang ... itular yang hari tu jiran akak hadiahkan rebung ... pemberian orang ... semesti mungkin dipergunakan sebaiknya .. tak baik bila orang da bagi .. kita siakan ... betul tak ...

rebung tu akak hiris nipis ... tapi sebab jenis akak ni penyayang ... akak guna sampai habis .. walau dalam hati da berkata .. ini silap2 ambik sekali ruas nih .. mau pahit lauk .. ahhh tutup mata aje ... masak sampai empuk letak garam letak perasa ... sudahhh ... makan pun sodap ...

Bahan Utama

20 ekor udang sederhana besar
rebung buluh

Bahan Kisar

1 labu bawang besar
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili api (terserah kalau nak lebih pedas)
1 inci halia
2 tangkai cili besar merah
sedikit minyak
sedikit air

(jangan banyak air ... terlalu cair bahan)

Bahan tambahan

2 ringgit pati santan
2 helai daun kunyit
2 batang serai (diketuk)
sedikit serbuk kunyit

Bahan perasa

secukup rasa garam
1/4 asam keping
msg (hujung sudu - sekadar syarat)


cara memasak:

1. Masukkan bahan kisar bersama bahan tambahan.
2 . Masukkan rebung. kacau hingga masak dan rebung empuk. sentiasa kacau untuk elak minyak pecah.
3. Masukkan udang. dan kacau lagi
4. Masukkan garam secukup rasa dan msg.
5. Kacau hingga masak dan angkat .. boleh dihidangkan

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter