Jom join izan

Tuesday, July 15, 2008

kari ikan talang masin


Kalau diimbas balik zaman izan budak2 dulu. masakan kari tulang ikan talang masin ni jadi kegemaran. biasanya bila nasi panas2 tu.. kan masih lembut lagi, nanti mak izan letakkan terung bersama kuah kari kemudian dia lenyek2 sampai sebati. lepas tu dia kepal2 suapkan kami dua beradik makan tengahari. masa tu sedapnya rasa tak terkira...he he he....
Jadi malam ni menu izan ialah kari tulang ikan talang masin.
bahannya:
1/2 biji santan kelapa
tulang ikan masin talang
2 biji terung (dibelah jadikan 6)
1 peket rempah kari ikan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit halia
2 urat daun kari
asam keping/asam jawa
garam
ajinomoto
caranya:
hiris/tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. panaskan minyak kemudian tumis bahan hiris/tumbuk. agak garing sedikit dimasukkan rempah kari ikan bersama daun kari dan sedikit asam keping/asam jawa. dikacau sekejap kemudian dituang 1/2 biji santan kelapa bersama terung yang telah dibelah. kemudian di kacau supaya tidak pecah minyak. bila terung agak empuk diletakkan tulang ikan masin talang. campur garam/ajinomoto secukup rasa dan terus kacau hingga masak dan terung betul2 empuk. bolehlah diangkat.

2 comments :

^aNgRiAni^ said...

tried nak letak komens kat kotak komen tak leh...jd riani comments kat sini yer

asal tak sudi laks??? teramatlah sudi tau izan...lgpun umah izan ni sodap mata memandang :-)

tima kacih sebab sudi singgah di blog riani

Anonymous said...

riani, memang zan pg sume tmpt mcm tu. oggix probelem. dun wrry..zan suka sama .. cuci2 mata dan minda hehehe...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter