
Sarapan pagi walaupun dianggap remeh oleh kebanyakan orang tetapi sebenarnya mempunyai peranan yang besar pada sistem tubuh manusia. Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam sehari. Tanpanya, metabolisme berada di tahap rendah lantas menyimpan kalori. Akibatnya, jika anda makan banyak sewaktu makan tengahari, badan akan memerapkan semua kalori itu dan membuatkan anda menyimpan lemak. Sarapan pagi sebaiknya diambil selewat-lewatnya dua jam selepas bangun pagi bagi membolehkan makanan ditukarkan kepada tenaga sebaik kamu memulakan aktiviti pagi.
Pengambilan sarapan meningkatkan metabolisme badan yang turut membantu kamu melangsingkan tubuh.
a. Pilih makanan kaya protein dan kurangkan karbohidrat. Protein membuat perut cepat kenyang berbanding karbohidrat. Ia baik untuk memulakan hari kamu dengan penuh tenaga, cerdas dan menyegarkan. Antara pilihan sarapan terbaik termasuklah:
- Bijiran tinggi serat, susu rendah lemak dan buah-buahan segar
- Sandwic, buah dan segelas susu
- Untuk kamu yang akan menjalani hari yang aktif, ambil kisaran yogurt bersama buah
- Jika kamu menikmati makan tengahari yang lewat, ambil sarapan sedikit berat dengan roti bakar disapu mentega kacang atu bijirin bersama buah. Atau kamu juga boleh mencuba hot cooked cereal.
teks: EH