Jom join izan

Showing posts with label mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label mutiara kata. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Saat Paling Berharga ...

Tentunya di Facebook sekarang ini semuanya gembira meluahkan rasa kasih terhadap IBUnya yang tercinta.

kak izan dah tak ada ibu ... rasanya ... tiada rasa ... tapi saat ini air mata mengalir ... jatuh tanpa disuruh ..

setiap hari bagi k izan ... hari ibu ....lima waktu sehari semalam hari buat ibu ... sedekahkah Alfatihah kepada ibu selagi mampu.

tarikh ibu pergi ..... sengaja kak izan lupakan .. tapi kak izan tahu ... sudah lebih dari setahun .. perasaan tetap sama ..

14 hari menjaga ibu di hospital ... saat paling menduga jiwa dan perasaan kak izan. kebetulan ibu masuk hospital pada hari yang sama adiknya iaitu mak uteh kak izan dimasukkan ke hospital ... seperti satu janji yang telah Allah tentukan ... kerana Allah Maha Mengetahui setiap rahsiaNya .. keduanya dah tiada .. perginya selang seminggu dengan mak uteh pergi dahulu (Alfatihah buat keduanya) ~ terima kasih

bersama, berhadapan dalam unit ICU - disini ibu disana makcik ... tiada kata2 dapat digambarkan saat itu .. dan saat juga ketika ini ..

menjaga ibu ... saat paling manis ... walaupun tak mampu buat sesempurna ibu ketika kecilku ... 

aku tahu ibu mengetahuinya dan memaafkan setiap perbuatanku dari dulu hingga saat akhirnya ... dan dalam saat diri ku dari dulu hingga kini ... aku tahu ibu merestui setiap perbuatan baikku ... kerana aku merasakannya ....

saat paling bahagiaku bila menjaga ibu dan merawatnya seperti anak kecil ... rambutnya ku sisirkan rapi kerana ibu memang cantik dan idola jiwa ragaku .. ku bedakkan ia kerana memang ku tahu dari dulu ibu suka wangi dan bersih .... 

ku cium pipinya penuh kasih ... kerana didikannya yang terbatas .. membuatkan dia malu untuk menciumku sebagai anaknya ... tapi masih tidak puas ku rasakan ..

Tapi Allah lebih mengetahui .... walaupun seketika ... aku masih merasa ... hingga saat ini aku masih terasa ..

Bukan simpati diminta ... tapi hargailah ibu kita ... semampu kita .. juga jika ada suami .. redakan suami untuk meraikan ibunya .. kerana syurganya di telapak kaki ibunya 




Wednesday, July 9, 2008

6 punca hati gelisah

1. Pemarah
- Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.
Orang seperti hatinya tidak tenang.

2. Pendendam
- Di dalam dadanya bagaikan tersembunyi lahar yang sedang menanti waktu
untuk meletus. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk
membalas dendam walaupun terhadap perkara yang kecil seperti menyakiti
hati atau menempelak orang yang didendaminya itu. Dari segi kesihatan
orang ini mudah dihinggapi penyakit misalnya masalah jantung dan tekanan
perasaan.

3. Hasad Dengki
- Amalannya hilang akibat hasad dengkinya itu kerana tidak memiliki sifat
ketuhanan.

4. Bakhil
- Ada yang berpendapat bakhil itu kedekut. Allah lebih sayang orang yang fasiq
tetapi pemurah dan benci orang yang abid tetapi bakhil.

5. Tamak
- Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaat.

6. Tidak sabar
- Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


mencari bahagia: norhayati hj ramlee
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita diberi peluang untuk beramal & menabur bakti untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat & negara. Jangan ditangguh usia hari ini kerana usia esok belum tentu milik kita.
Sentiasa berniat baik
Hidup perlu ada matlamat. Matlamat hidup yang teragung ialah mencari keredhaan Allah dalam segala urusan hidup. Dalam Islam matlamat hidup mulia ini diterjemahkan dalam bentuk niat ikhlas lagi luhur. Niat ikhlas menjadikan kehidupan lebih bermakna dan segala aktiviti menjadi lebih menyeronokkan.
Rancanglah kehidupan seharian bermula daripada bangun tidur hingga tidur semula di malam hari dengan memasang niat yang ikhlas kerana Allah.
dipetik dari midi - hala hidup.

Tuesday, July 1, 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB - 04/07/2008

REJAB bulan menabur benih
SYAABAN bulan menyiram tanaman
RAMADAN bulan menuai


REJAB menyucikan badannya
SYAABAN menyucikan hatinya
RAMADAN menyucikan rohnya


REJAB bulan menghfirah(keampunan).
SYAABAN bulan syafaat
RAMADAN bulan menggandakan kebajikan

REJAB bulan taubat
SYAABAN bulan muhibbah
RAMADAN dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah b

banyaknya.

REJAB diganda 70 pahala
SYAABAN diganda 700 pahala

RAMADAN diganda 1000 pahala

Thursday, June 19, 2008

bagaimanakah kita.............

Hari ini saya terfikir dengan pertanyaan seorang sahabat maya yang baru.

Saya diberi pertanyaan, apakah yang mampu dirinya lakukan kerana menunggu detik-detik hari terakhir.
saya serba salah dan keliru. terpaku kerana pertanyaan atau kerana apa yang sedang berlaku. bagaimana hendak meletakkan diri saya di tempatnya. berat rasa untuk meluahkan apa yang terfikir di benak kerana sendiri tidak pasti mampukah saya melakukannya. mengeluarkan kata-kata memang mudah.tidak pandai menyusun kata, hanya meluahkan apa yang terlintas dihati mahupun di kotak fikiran. (maaf sebab kakakmu ini sememangnya tak pandai nak menyusun kata)
ini merupakan kali kedua sepanjang usia saya diajukan pertanyaan begini.namun begitu buat adik zyma, hidup hanyalah sekali, tiada yang kedua kali mahupun seterusnya.
tidak kira muda atau tua, saat itu pasti tiba. dan tidak kira pada waktu bila kita memang mempunyai impian dan cita-cita. bukan semua yang kita dapat itu adalah dari keinginan kita.
terima dan redha apa saja yang diamanahkan kepada kita. sebenarnya yang tersirat ialah apabila kita tahu yang kita sedang menanti hari bermakna kita mempunyai peluang untuk membuat lebih kebaikkan dan mengisi segala yang kosong umpamanya ibadat. berbanding dari mereka yang sihat dan tidak mengetahui bila harinya akan tiba adakalanya terlalai seketika.
kesimpulannya janganlah rasa kecewa. lakukan segala kebaikkan dan ambil segala peluang yang ada. berikan kenangan yang indah pada mereka yang sayang kepada kamu. mudahan segala apa yang terfikir oleh mereka tentang adik zyma segala kebaikkan dan keikhlasan adik umpama doa dan pahala.

Sunday, May 18, 2008

KECERDASAN EMOSI ELAK KONFLIK DALAMAN

MEREKA YANG CERDAS EMOSI(kebolehan merasai perasaan orang lain dan sendiri) adalah orang yang sanggup berkorban, lebih berjaya daripada orang yang cerdas intelektual.
Mereka boleh membuat pertimbangan dan mengawal diri, kemarahan dan lebih mudah memaafkan orang lain.

teks: mashitah abd rahman

BUANG RASA TERPAKSA

Mengorbankan sesuatu yang kita sukai dan dalam masa yang sama, terpaksa melakukan pekerjaan yang bukan pilihan - Bukan semua orang mampu melakukannya. Hanya mereka yang reda dan sabar sahaja mampu menghadapinya.
Teks: Mashitah abd rahman

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter