Saya diberi pertanyaan, apakah yang mampu dirinya lakukan kerana menunggu detik-detik hari terakhir.
saya serba salah dan keliru. terpaku kerana pertanyaan atau kerana apa yang sedang berlaku. bagaimana hendak meletakkan diri saya di tempatnya. berat rasa untuk meluahkan apa yang terfikir di benak kerana sendiri tidak pasti mampukah saya melakukannya. mengeluarkan kata-kata memang mudah.tidak pandai menyusun kata, hanya meluahkan apa yang terlintas dihati mahupun di kotak fikiran. (maaf sebab kakakmu ini sememangnya tak pandai nak menyusun kata)
ini merupakan kali kedua sepanjang usia saya diajukan pertanyaan begini.namun begitu buat adik zyma, hidup hanyalah sekali, tiada yang kedua kali mahupun seterusnya.
tidak kira muda atau tua, saat itu pasti tiba. dan tidak kira pada waktu bila kita memang mempunyai impian dan cita-cita. bukan semua yang kita dapat itu adalah dari keinginan kita.
terima dan redha apa saja yang diamanahkan kepada kita. sebenarnya yang tersirat ialah apabila kita tahu yang kita sedang menanti hari bermakna kita mempunyai peluang untuk membuat lebih kebaikkan dan mengisi segala yang kosong umpamanya ibadat. berbanding dari mereka yang sihat dan tidak mengetahui bila harinya akan tiba adakalanya terlalai seketika.
kesimpulannya janganlah rasa kecewa. lakukan segala kebaikkan dan ambil segala peluang yang ada. berikan kenangan yang indah pada mereka yang sayang kepada kamu. mudahan segala apa yang terfikir oleh mereka tentang adik zyma segala kebaikkan dan keikhlasan adik umpama doa dan pahala.
No comments :
Post a Comment