Jom join izan

Thursday, May 9, 2013

penawar denggi .. akibat nyamok aedes

eerrrkkkk ..... heh heh heh ..... kenyang sudah


betulkah nyamok bila da hisap darah .... sampai gemok .... nanti dia nak terbang tak larat dah ... aiiikkk .... ini macam soalan pun ada ..

jangka hayat nyamok hanyalah sehingga dia hisap darah .... betul atau tidak .... akak pun baru tahu. ini kawan akak yang bagitahu .... akak sendiri bila dengar dia kata ... akak pun tanya dia 'eeeehhhh ye ke ... ye ke ... macam tu ke ...." sampai herot2 mata akak duk otak tu berfikir ... macam tu ke iya ke.....


kadang perkara sekecil dan semudah itu pun kita tak mahu ambil kesah ... atau pun tak terfikir dek akal nak ambil tahu

nyamuk aedes ... nyamok yang kecil ... tapi boleh merubah pola kehidupan kalau lah dia dah gigit ... jadi .. jangan ambil mudah pada perubahan2 diri anda ... seperti jika demam berpanjangan .... dan sepertinya berkaitan

selalunya bila ada yang terkena denggi ... bila akak ada terdengar sesiapa yang dikenali atau tidak ... mulut akak akan terluncur lancar je bagitahu ... walaupun kadang orang dah tahu ... manalah tahu jika dia terlupa ...

akak akan suruh buat sup ketam dan bagi pada yang demam tu sup ketam. bukan yang sakit tu nak makan sangat pun ... sebab seleranya belum ada ... dapat dia rasa sesudu dua buat syarat ... dah cukup. selain dari minum air 100 plus .... bagilah sup ketam (petua ni akak dapat dari arwah mak mertua ... lama dulu)



jadi makanlah sup ketem .....  

sedapnya ketam .... ketam yang dah dimasak sup...

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter