Jom join izan

Saturday, February 9, 2013

Nak jugak shushi king ...

selalu gak nak lepas geram ... nak makan makanan jepun tapi tak tau nak makan apa .. seronok je tengok "eskalator" shushi tu .. nak tu angkat ... nak ni ambik ... tapi akak tak pandai nak makan ... ni teringin tapi berani yang macam ini aje



kadang bila lalu kat shopping mall yang ada jual makanan jepun tu ... try gak beli ... kadang rasanya ... tak tahulah ... mungkin kot macam tu rasanya ... bagi yang tak pernah makan tapi nak try jugak ... redho aje lah rasanya ...


akak nak jugak pegang dengan chopstick ni ... tak taulah berapa kali tarik baru nak lekat .... masa order kacang ni ... nasiblah adik tu "sabor ajelar aku" baik dia ... melayan makcik sorang ni .... dah kompom nak yang tu ... nampak yang lain tak pulak jadinya nak beli ... yang sebenornya kalau betul nak beli ... beli aje lah semuakan .. berapa sen aje ... tapi sebab tak berani nak mencuba tu ... 

dia tanya ... acik nak kacang "amende da" ni jadi ke .... haah jadi kacang amender tu .. satu RM4.00 ... teringat adik akak makan aritu meletus2 dalam mulut dia ... sedap ke sangat. rasa 2 3 ketui aje mana nak cukup ... ni da nampak beli la aje


"sewit" dengan isi ketam kat dalam ni ... selalu akak beli ini ~ tak lah selalu tapi setahun sekali terserempak inilah yang akak beli... tapi adik tu  kata ini tuk budak2. budak2 je yang selalu beli ni .. makanya orang dewasa tak makan ini ... tapi akak nak jugak ..


yang ini ... sewit kat dalam salut isi ketam timun .... kat atas tu telur ikan. boleh lah akak makan ... sekadar nak merasa ... redhokan aje ...



makan untuk hidup .... hidup untuk makan ...

orang Jepun memang menepati konsep ... "makan untuk hidup" .... sebab akak tak tahu macam mana orang Jepun boleh kenyang dengan makanan2 seperti ini ... dengan kuantiti yang sangat minima ... belum tengok lagi makanan jepun yang lain ...  


elok kita juga amalkan makan untuk hidup ... makan sekadarnya untuk memberi tenaga dan bagi kesejahteraan kesihatan .. bagaimanapun Alhamdulillah dengan rezeki Allah bagi .... 

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter