Jom join izan

Saturday, July 7, 2012

Hargai Pemberian ... Syukuri kelebihan


gadget akak paling baru ..... Alhamdulillah


nak baca isi topup kad besar ibu jari tu .... akak menangis ... tak boleh nak baca.
adakah itu bermakna da lama akak tak isi topup hp ... he3 ... selalunya sms aje da bertambah duit .. ooooh betapa akak da lama tak membaca. novellll ... tidak ... sok kabar ... juga tidakkk ... magazine .... no no no ... da lama jimat kos .. dokumen kerja .... font 3 beleh ... still boleh baca ekkk ..

ini menunjukkan betapa di umur begini .. rupanya akak da tua ... sebab makin lama nikmat membaca sedikit demi sedikit telah diambil. siapa2 yang pakai gadget tu terlebih dulu itu bermakna dia tua dulu dari akak hehe ... wuu...psss .. sori

pertama kali sedar tak boleh membaca tulisan halus ... akak menangis. menangis sendiri ... itu baru kecil ... kecil aje tu. jadi siapa yang masih boleh membaca .... di peringkat umur "berumur" .. haruslah bersyukur. 

* lihat kekurangan dalam diri sendiri sebelum memandang kelebihan orang lain .. takut2 kekurangan kita kerana kekhilafan sendiri

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter