Jom join izan

Wednesday, September 21, 2011

nasi goreng kampung lauk udang


malam ni.... nak masak ringkas aje. tanya punya tanya dengan abe ... goreng nasi je lah .... kita singgah kedai cari kangkung .. sebab dalam peti es ... sayurnya suda abis ... Malam ni nasi goreng kampung ... tapi lauknya udang tetap tak tinggal .. sebab abg iwan sukanya udang ... walaupun ceritalah banyak mana kolestrol yang patut ada dalam badan ... jawabnya tetap udang ....

sedap... SEDAP.... abang iwan kata sedap bu ... kalau isi rumah dah kata sedap ..... SEDAP LAH nasi goreng kampung lauk udang tu ... diluar sana bagaimana .... 

Bahan

nasi putih
1 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili api
8 tangkai kangkung
sedikit minyak
sedikit garam
sedikit msg


sepiring ikan bilis goreng untuk ditabur kedalam nasi goreng
sepinggan udang goreng




hidangkanlah untuk keluarga anda dengan senyuman .... meh ler .. meh ler jamu selera mata ....



No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter