Jom join izan

Monday, September 12, 2011

Lontong / Masak Lodeh

Tak adalah buat rumah terbuka (muka malu2 ajer gitu) .., cuma jamu ipar duai dan anak-anak saudara raya pada raya ke 5. antaranya lontong atau masak lodeh ... kalau izan suka jer masak lodeh ni... siap hirup kuahnya.


Bahan


1 kg santan
6 peket nasi impit
1/2 kilo udang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
sedikit sebuk kunyit
suun (ikut suka)
fucuk (ikut suka)
2 batang lobak merah
2 peket tempe
sedikit kacang panjang

2 comments :

Wattie said...

Salam Izan,
selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Pos mai lontong tu semangkuk kat Penang.....tengah dok mengidam ni..

Unknown said...

Wattie,

Salam mesra... sama juga dari saya buat wattie.

tapi pos nun penang tengah jalan abis da dimakan dek posmen ... kui2x.. betulke tngh ngidam .. dh bp bulan..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter