Jom join izan

Tuesday, February 15, 2011

Bubur Kacang Hijau campur durian ......

Bubur kacang ni kegemaran "my big boss"..... abe suka tul makan bubur kacang... tambah2 lagi kalau bubuh durian. nanti dia ambil secawan2 simpan dalam peti es. bila dah sejuk.... time duduk2 relax tu dikeluarkannya ... sesudu2 lama-lama habis. ambik lagi secawan simpan balik dalam peti es.
selalunya zan masak bubur waktu pagi...... nak cepat empuk malam nak tido tu dah ambik rendam semalaman. kalau waktu tu nak masak baru nak merebus bagi empuk ... alamatnya ambik masa berejam. jadi eloklah rendam dulu ... tapi ingat ye... esok nak masak terus masak pagi2.
jangan lak simpan 2 pagi .... mau jadi toge ... ekeke.. tak pa gak jadi toge buleh buat pecal lak kan... tak rugi... jangan dibuang sudah. mahal sekarang harganya.. sekilo dah RM6.80.

***** kalau untuk keluarga izan 1/2 kilo ni selalunya zan bahagikan lagi menjadi 2. 250gm sekali masak. bila dah habis, masak lagi tuk kali kedua samada petang atau malam... :D
tapi jika berlebihan bolehlah bagi jiran sebelah menyebelah tuk merasa bersama, kita ceria bersama....:)


Bahan:

2 helai daun pandan
1/2 kilo kacang hijau (direndam)
sebiji kelapa diambil santannya / 200 gm pati santan
gula merah
gula putih
5/8 ulas durian
air putih

cara penyediaannya:

1. rebus kacang hijau menggunakan air putih sehingga kacang berubah jadi empuk dan
sedikit hancur.
2. toskan airnya hingga kering.
3. masukkan santan kelapa atau pati santan. jika guna pati santan sila guna kepekatan yang disukai tambahkan sedikit air.masukkan bersama 2 helai daun pandan.
4. masukkan gula merah. kuantiti gula merah adalah mengikut selera sendiri. selalunya zan lebih kan gula merah tapi jangan sampai terlalu gelap warnanya. kacau sebati.
5. masukkan gula putih mengikut kemanisan yang diingini. mula2 masukkan sedikit gula putih dan tambah kemanisan mengikut selera.
6. masukkan durian. kacau hingga sebati. jika rasa agak pekat tambahkan sedikit air untuk mencair.
7. bila sudah sebati dan masak ... diangkat dari dapur panas dan sejukkan. kemudian bolehlah dihidangkan.

7 comments :

Anonymous said...

Dah ada durian ke Zan ? Kita kat sini tak nampak bayang pun.

Unknown said...

k tie,

hehe... bukan musim durian ni... tapi kat pasar ada lori bwk durian .. bila ditanya dia kata pahang mari... ekeke..

CAHAYA said...

sedapnya bubur kacang. tapi saya tak makan durian. huhu.

Unknown said...

cahaya,

k izan pun makin kurang dah mkn durian juga...:) jaga kesihatan ..

KTS said...

alaaaaa.. bubur jagung takde ke? kita suka bubur jagung

:D

KTS said...

alaaaaa.. bubur jagung takde ke? kita suka bubur jagung

:D

Unknown said...

kts,

ekeke.... minggu ni bubur kacang ijau lar ekk..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter