Jom join izan

Friday, January 28, 2011

info terbaru .....

Anda minat dok kondo.... atau apartment...

isshh.. kalau zan suka jerrr... cuba tengok tu dengan kolam renang ada .. tempat berehat kat tepi tu ada... isshh best tu... anda minat ke....

tak yah gi dok hotel sumo longkap ado ha...

tetapi .... baru ni zan ditanya klik sebelah ni makna "Sale & Purchase Car Park Agreement".

selamo iko den tak panah nampak agreement tu ha.... harini dia tunjuk ... berapa ribu... RM15,000.00.. onde... nak kena beli "car park" sekarang ni ... kalau dulu beli kondo "car park" di datangkan khas sekali ..... cayo jangan tak pecayo...

bezanya kalau sekarang dengan dulu ni kita beli kondo/apartment. bergando-gando loan haa...


>>>> seronok ati dapat berenang-renang kehulu berakit-rakit ke tepian ....

4 comments :

arjunasetia said...

poi(pergi) templer park yo, bronang la pueh2..kui kui kui

Anonymous said...

Kak tie tak minatlah tinggal kat kondo atau apartment. Tak selesa, terutama bila nak angkut barang (groceries dll) tak de privacy..

Lagipun kak tie suka rehat di garden, kecik pun tak pe...

KTS said...

baru satu 'car park'

klu ada byk kete... huiiihhhh

mamawana said...

Nak wat camno... zaman dah berubah. Makin maju... jom terjun kolam Bandarayo

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter