Jom join izan

Saturday, July 24, 2010

yee mee sedap...

haa.... yee mee sedap.. manis rasanya... zan tak letak garam ataupun ajinomoto... cara masak pun sangat ringkas dan senang sangat... kadang-kadang ... potong-potong je bawang ... tumis terus masuk yee mee... dah jadi.... mee yee mee... senang dimasak sedap dimakan... mee yee mee.... ewaaahh... izan siap menyanyi-nyanyi tu... napeee... senang hati ker.... hehehe... bila dah siap masak boleh dimakan.... perut pun kenyang.....


oke... mee yee mee ada orang panggil mee claypot... sedapkan kalau dapat makan mee claypot... tapi... masa aritu.. raya tahun dulu lar ..pergi rumah kak sepupu kita... dia potong2 bawang kemudian tumis2 kicap ngan sos tiram campur2... kendian jadii... bila makan dengan cili potong... eeeeeeeeeeiiiiiiiiii... shedappnyerrrrrr.... lagi pun perut tengah lapar kan.... hehehe... tapi memang sedap tau....
cara memasak:
1. panaskan minyak 3 sudu.
2. tumiskan bawang kecil dan bawang putih. agak garing.
3. letakkan 2 sudu sos tiram (ikut suka - izan tiada sukatan)
4. kicap masin ikut sesedap rasa.
5. letak air putih ikut sukatan sendiri. (2 sanggul - 3 cawan air putih)
6. masukkan sayur sawi.
7. kemudian masukkan pula udang.
8. agak2 kuah dah nak hampir menggelegak masukkan 2 biji telur. jangan dikacau biar masak sebiji sebiji disitu.
9. bila kuah dah menggelegak, perlahankan api, masukkan 3 atau 2 ketul yee mee.
10. dikacau sebati hingga yee mee agak masak diangkat dan boleh dihidangkan untuk dimakan. dan jangan lupa cili potong ye.... potong-potong cili api hijau atau merah. kemudian letak kicap masin dan diletak air masak bersamanya dan dikacau. sedap tau... jangan lupa mencuba.

6 comments :

Anonymous said...

Kak tie tak pernahlah masak yee mee ni. Nak beli mee kering tu semuanya buatan c... takut nak beli. Tapi nampak Zan punya tu terliur pulak, huhu...

Unknown said...

k tie,

betul tu... tapi zan dpt yg buatan boleh dipercayai... nanti zan tunjukkan. peketnya kaler hijau... sedap k tie...

Dearie Pearls said...

Kak Izan,
sangat suka Yee Mee...
nyummy..
nyummy..

love it!

Bro Framestone said...

masak untuk saya leh huhuhu

nnt sy terjah umah akak huhu

BroFramestone Blog

Unknown said...

dik LOL-Pearls,

suka ya... yee mee sedapkan.. tambah kalau masak mee claypot... nyum nyum..

Unknown said...

framestone(syukri),

kot ye pun suruh masak jgnlah terjah... nanti bahan tak cukup.. kena janji2 lah... hihi..

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter