Jom join izan

Friday, May 28, 2010

manusia hebat... untuk anak2 yg sdg membesar...

mari lihat dan habiskan cerita ku.....
"manusia hebat" ... diberi kesedaran untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan....
ditayangkan video .... jerih payah kasih ibu abah membesar anak-anak
ada yang ibu abahnya menoreh getah.. subuh hari dah mengintai pokok getah...
ada ibu abahnya bekerja perjalanan atas motor.... semata-mata mencari untuk membesarkan anak-anak....
kemalangan dan sebarang perkara berlaku pada masa yang kita tidak ketahui...
ditayangkan video ... bagaimana susah seorang ibu melahirkan anak .... hasilnya anak yang bagaimana.
siapa yang menjadi ibu .... faham situasi begini...... walau ditunjuk belah diperut... semata nak menunjuk betapa ibu melahirkannya dalam keadaan yang bagaimana .... walau hakikatnya kelahiran itu yang bagaimana... tetapi untuk menunjukkan kepada anak-anak supaya sedar ... jadilah anak yang merendah diri ... kepada Allah, kepada ibu bapa... rakan-rakan..
kita ibu dan bapa....
sebaliknya... kita juga adalah anak..... mengalir air mata .... bila dilagukan dengan lagu-lagu yang syahdu...... kita juga adalah anak...
ibu dan bapa apabila tiba hari kita merdeka...
ibu dan abah menghitung hari..... hebat mereka dah hilang...
sedih... sekarang ni kalau zan suakan makanan yang sedap... jawab abah "sekarang ni tak ada yang sedap dah...dah tak macam dulu"... kenangan sungguh buat abah yang mengajar kami pandai makan sedap-sedap.....
kita pun begitu juga nanti.... akan datang juga nanti hari kita..... tunggu saja..
memang tak boleh nak lari.... kita nak anak kita mendengar kata kita...
adakah kita mendengar kata ibu dan abah kita...
kita nak anak kita tahu tanggungjawab dia terhadap kita...
adakah kita tahu tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kita...
bila izan pandang abah yang makin tua....... dalam hati berkata..
inilah lelaki yang hebat suatu ketika dahulu ...... izan nak angkat muka .... tak berani langsung...
hari ini dia mengharap kasih izan ..... mengalir air mata... izan tak sanggup keseorangan menghadapi saat macam ini.....
dah sepuluh hari abah sakit ... sekali pun dia tak beritahu izan ....
malam ini ... baru ini .... izan paksa dia ke klinik ..... jika berjanji memang tak jadi....
sedu dia tak ilang da sepuluh hari ...... dah diminta ubat di pharmasi aje... ilang yang tu timbul lak yang lain..
kehospital pun dia tak mahu.... katanya fobia...
inilah lelaki yang suatu ketika dulu hebat .... yang mana .... izan rasa seorang pun tak sanggup lalui apa yang izan telah jalani....
setelah abah makan ubat ... tiba-tiba ... dia tak boleh bernafas... dia meringkukkan badan ...
izan dah kelam kabut bertanya.... mak dah mula menjerit menyebut nama "akak..akak.. abah, tengok abah tu cepat..mengapa..."...
izan cepat mencapai bantal lagi... tinggikan bantal abah... urut... urut... dahi abah dah berpeluh...
dalam hati izan dah ketakutan.... bagaikan nafas izan yang dah berhenti .... tapi izan kena lagi kuat.... untuk mak ..... boleh ke izan ni kuat menghadapi .....
lihatlah mak.... sehingga ke hari ini... asik tergigit lidah .... tapi masih tidak sanggup kehilangan....
bila dikenang ..... silam ....... dah zan buangkan jauh-jauh ...... hasil yang ada sekarang ... semua dari kudrat hebatnya dahulu .... tapi kini dia menghitung hari ...... tak ada apa lagi yang dia harapkan ... cuma anak-anak kekuatan dia.... lupakan yang silam.
Walau hebat mana pun kita...... tanggungjawab terhadap orang tua kena serlahkan ..... walau bagaimana peritnya hidup ..... ingat sajalah tanggungjawab terhadap orang tua ..... dulu kita sakit kita perlukan ibu dan abah untuk kekuatan kita ... bila kita dah dewasa .. kita berjiwa merdeka ... tapi ibu dan abah cuma menghitung hari .....
izan tak tahu .... boleh ke zan jadi manusia hebat kepada ibu dan abah ......
tapi apa yang izan tahu dan anak-anak izan tahu ... abah ada kenangan dia yang dia ceritakan pada anak-anak zan...
"akak dulu..... umur lima tahun dah pandai membaca. surat khabar dah habis baca. kalau abah balik kerja disuakan suratkhabar... lancar baca"... walau tak menjadi seperti yang diimpikan... sekurangnya izan tidak rasa yang diri masih berhutang...... segalanya cuba dijelaskan secara berhemah....
izan sedih sebenarnya ni...... terkejut... walau izan dah biasa menghadapi... tapi pada malam ini.... terasa hilang kekuatan seketika....
inilah yang dimaksudkan "manusia hebat"..... dalam memberi panduan dan pelajaran kepada anak-anak.... kita pun sebenarnya adalah anak juga kepada ibu bapa kita. walau apapun yang berlaku dalam kehidupan kita ... jangan kita mendabik dada dengan apa yang telah dikecapi ... kerana semua itu datangnya dari keredhaan Yang Maha Kuasa... dimana kita disuruh mencari keredhaan dengan merendah diri kepada kedua orang tua kita terlebih dahulu... diikuti dengan orang sekeliling kita.....

"biarlah cerita ini kekal disini sahaja ....".... tiada siapa yang akan memahami apa yang hendak disampaikan.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter