Jom join izan

Tuesday, May 11, 2010

ku tinggalkan semalam... untuk esok dan seterusnya..

Apabila merasa diri kurang dihargai...
haruslah pergi membawa diri..
dengan seribu janji..
yang entah telah ditepati...

semalam adalah mimpi ngeri...
esok adalah pasti...
bersama azam kini...
untuk menggenggam destinasi nanti...

hidup adalah perjudian............ betul ke tidak....
hidup untuk mencari kebahagiaan hakiki............. iye ke???
hidup bukan untuk menjadi hamba abdi...... di zaman demokrasi...
yang pasti dia telah ku tinggalkan kini......

mencari warna warni kehidupan........
kini izan cuba untuk senyum kembali..... dalam mencari duniawi.... dan sinar telah kembali membawa harapan dan kegembiraan.

doakan izan supaya kekal ditempat baru yerrrr.... hehehe....

selalunya yang baru memang kurang menepati..... bagaimanapun untuk berpaling memang tiada daya..... hidup harus diteruskan dengan semangat juang.... harus berjudi .. tapi bukan judi haram. ini judi dalam hidup.

kepada kawan-kawan diluar sana mahupun adik-adik.... berhati-hati dalam menentukan sebarang keputusan supaya tidak sesal kemudian............ sebab akhak dah menyesal juga... tapi sesal kemudian tidak berguna. yang pasti.... masih ada harapan dihari muka....

3 comments :

Anonymous said...

Nak ikut sama boleh ? kak tie tengah berserabut ni... uwaaa.........

Catwoman said...

Salam Kak Izan.....

Teruskan jua langkah mu itu, Kak.
Jgn pusing belakang yg penuh ranjau. Pandanglah ke hadapan utk m`cari k`bahagiaan dan k`damaian di hati.

Selamat b`keje di tempat baru ye....

:) Sila cubit pipi Adik Ika bagi pihak sy ye....huhuhuhu.

tunbegia said...

sungguh cantik gambar spider lily kaler oren tuh,

salamm,

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter