Jom join izan

Saturday, May 15, 2010

Kita hamba yang sering terlupa diri

Mengemis kasih
Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
kita hamba yang lemah.... hanya mampu mengeluarkan isi hati..... mungkin sebagai panduan bagi mereka yang mengalami atau yang sedang mencari kekuatan diri.... apa yang pasti kita perbetulkan dahulu nawaitu dalam diri sendiri..... kerana kita bukan 100% sempurna... renungkan kedalam diri kita sendiri... dan jawapannya anda sendiri yang tahu...

6 comments :

cheryna zamrinor said...

sesuai dengan keadaan sha yang tak berapa sihat nieh. thanks:)

Tie said...

Kak tie teringin nak merapu macam Izan.. tapi tak pandai lak, hehehe..

Unknown said...

sha...

itu untuk k zan.... hehe.. makan ubat ye.. jgan dibiar berlarutan..

Unknown said...

k tie,

cukuplar izan sorang yg merapu... klu k tie pn merapu.. x bley zan nk manja2 nanti...haha

Catwoman said...

Salam Kak Izan....

Semoga semua kita d`pelihara oleh-Nya yakni yg Maha Esa. Amin.

:)

Unknown said...

salam zyma,

mudahan.... amin.

si nome aqif wat per....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter