Jom join izan

Friday, March 12, 2010

sambal tumis ikan bilis

Kadang-kadang bila time time cuti macam sabtu minggu tu..... duduk2 takda buat apakan....

peghut laparrrr....... dalam kepala mulalar macam-macam merayau..... masa nilar kan..... terasa nak makan macam-macam.. mulalar plan itular inilar....... janji tak dengar keroncong perut........

jadilar nak kawan-kawankan.... cucur bawang ngan sambal tumis.......... kesukaan kat rumah zan... hihi.... yang sebenarnya rumah zan memang tak leh lari dari sambal tumis.........
bila dah siap makan kan..... apalagi... mata pun mengantuk mintak bantal.... sebab perut dah kenyang hihi.... ini sah2 mim... sebab lepas makan nak tido..


Bahan A

2 labu bawang besar (diricik nipis mengikut bunga)

Bahan B (giling).

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (15-20 tangkai)
5 tangkai cili api (jika nak pedas)

Bahan C

3 sudu Minyak
1/4 asam keping
sedikit garam
sedikit msg
sedikit air putih.

Bahan D

satu genggam ikan bilis yang dah dibersihkan

caranya:

1. panaskan minyak dalam kuali.
2. masukkan bahan giling dan 1/4 asam keping dan biar sehingga naik bau dan agak
garing.

3. masukkan sedikit air putih.
4. masukkan sedikit garam & msg.
5. masukkan bawang yang telah diracikkan kesemuanya..
6. masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan. digaulkan sebati kemudian boleh lah
diangkat.


4 comments :

anyss said...

Tiap kali singgah sini...mesti ayaq liur meleleh. Lapaq!

Syuhada Kamal said...

sedapnye cucur mkn ngan sambal bilis..mmg ngam!..pastu pekena ngan air kopi..pergh!! hehe

Unknown said...

anyss,

hihihihi..... memang suka nak buat org lapar ...

Unknown said...

syuhada,

suda lapa pulakkk...

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter