Jom join izan

Saturday, March 27, 2010

menggulai kawin kita....

klik izan :D
Sesekali bila dah jemu asik begitu asik asik begini...... campur lar pulak
tak pun - suka gak kawin-kawin... tapi kalau dikawinkan kadang-kadang menjadi... kadang-kadang .... alahai janji jadik sudah lar...
tapi kalau nak tahu... ketam kalau dikawinkan ngan pucuk paku ni..... memang menjadi makan... gulai lemak ketam ngan pucuk paku..

ini gulai lemak kena ngan nasi panas-panas.... wiii sedap... manis ketam tu pun dah cukup kena tak makan ketam pun tak pe... sayur pucuk paku tu ada. kena pulak ngan sambal belacan.... abang iwan ngan adik ika ...dapat makan menjadi aje .. bertambah-tambah makan nasi... abahnya dapat kuah dengan sayur kena sambal kembung... makan pun senyum aje..... ha cubalah rasa buatnya...

Bahan A
4 ekor ketam (dibelah 2/4)

Bahan B (giling)

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili api (ikut kepedasan diingini)
sedikit halia
1 sudu teh minyak masak
sedikit air
1/4 inci kunyit hidup


Bahan C


1/2 biji kelapa diambil santan
2 tangkai daun kunyit
1 batang serai
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
sedikit msg
sedikit asam keping


Bahan D

seikat pucuk paku 


cara masakan


1. masukkan bahan B & C
2. kacau
3. masukkan bahan A.
4. kacau
5. masukkan bahan D yang telah dibersihkan
6. kacau hingga masak
7. hidangan untuk 4 orang
petua orang tua
lemak hendaklah dikacau sentiasa untuk mengelak dari santan pecah minyak dengan menggunakan api yang perlahan. selamat menghidang.


4 comments :

Anonymous said...

salam izan...wahhhh sedapnya gulai lemak ketam dgn pucuk paku...dua2 tu ima suka...mesti sedap gak bila dicampur...pertama kali tengok ni..boleh dicuba lain kali...huhu hubby kita tngh pantang makanan laut...

Unknown said...

Salam ima... sedap rasanya manis2. cuba ima buat nanti mesti nak lagi .... tapi bila hubby dah oke lar...kalu tak kesian pula tak merasa mknan kegemarannya...

tunbegia said...

sungguh sedap gulai,

salamm,

Unknown said...

tb.

marveles... salamm,

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter