Jom join izan

Tuesday, March 9, 2010

Mari... mari... mari cepat... kakak-kakak... adik-adik.. Haku

Ini ada info baru punya..... cepat rebut peluang..... jom kita sama-sama jommmmmm..


>
>
>
>
>
>
>
"Mahu cuti bersalin 90 hari....."
Oleh MOHD. DZULRAINI IMMERANberita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Satu juta tandatangan dicari sebagai menyokong kempen Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) untuk menambah cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.
Kempen yang dinamakan 90 Hari Untuk Ibu itu dilancarkan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010 di ibu pejabat Nube di Jalan Semantan di sini semalam.
Presiden NUBE, Tan Eng Hong berkata, pengumpulan sejuta tandatangan daripada orang ramai tanpa mengira institusi pekerjaan diharapkan agar cuti sedia ada dalam Akta Kerja 1955 dikaji semula.

(.......... t0l0ng tambah undi jer............)

14 comments :

Anonymous said...

mari..mari..mari adik kakak...mari,hehehe...ingatkan nak jual apa tadi izan ni...cepat2 ima datang...nak bagi sokongan...hihi

Unknown said...

ima,

agegege.... kasi hangat jer.....

Unknown said...

kalu nak kerja, kerja betui2... jangan asyik nak cuti ajer.
Bersalin nak cuti tiga bulan, cuti tahunpun sapu, cuti am pun sapu, cuti sakit pun sapu. So tinggal berapa hari nak kerja?

Org yg menulis ni nak tambah lagi ka....

julietchun said...

lama tu 90hari :P kang jemu pulak duduk dirumah.

Unknown said...

kelisa,

perempuan tak diwajibkan bekerja tapi wajib bergaji....

nak tunggu cuti 90 hari diluluskan .......... jadi cepat2 lar sokong sama.... kot2 sempat leh dapat seri...

Unknown said...

julietchun,

mesti rehat lama sikit.... baru semangat nak kerja datang lebih...

Nizam Gtz said...

wah... cambest jer... tapi kaum adam takder... huhu

Unknown said...

zamspotte

klu kaum Adam juga ada keistimewaan... camane lar klu dlm satu rumah asyik ganti mengganti.... isk isk isk...

CAHAYA said...

harap2 dpt la kan?

Unknown said...

cahaya,

jom kita tolong mencukupkan satu juta nak...

Syuhada Kamal said...

jom sokong ramai2!!!:)

Unknown said...

syuhada,

semangat suda mari...

KTS said...

jom jom jom.... kita hangatkan ... hihihi... best tu 90 hari

.
.



jgn pas ni org takut nak ambik perempuan bekerja sudah... errr...

Unknown said...

kts,

ha ah larrr.... ye tak yer jugak...

eh kita dah ada kerja... dun worry... jom kita sokong....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter