Manja anak abah.....
Perbualan remaja UNITAR... bukan zan saja nak pasang telinga ye... izan tak suka pasang telinga. tapi bila perbualan tidak mengisahkan orang yang ada disekeliling maka jadilah satu idea .......... "Tadi aku tengok sipolan tu "sayang" bapak dia kat bus stop..." sambut kawan sorang lagi... "ish tak lah, bapak dia yang nak "sayang" dia".. sampuk sorang lagi.."kalau aku tak mahu dah"... sorang lagi kata... "alar dia tu anak manja"......
Pendapat izan: tak ada salahnya dari segi meluahkan kasih sayang dan hormat. asalkan kita tahu batasannya. dari kecil ayah menjaga hingga pandai berdikari.... tak salah menunjukkan kasih dan sayang. jangan malu atau segan dengan apa yang telah di amalkan hanya kerna kata-kata masyarakat yang kekurangan sentuhan dan kasih sayang. orang tua kita selayaknya dihargai dan dikasihi.
Petua izan mak nenek
~~~~mari cuba-cuba~~~
Petua 1 - masak kuah bersantan
gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.
Petua 2 - cili bergoreng
Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.
Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat
jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.
Petua 4 - Anak2 berselera makan
Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D
Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D
ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.
16 comments :
Setuju ! Kenapa harus malu sedangkan kerana dialah kita dapat melihat indahnya dunia. Dia selayaknya untuk mendapatkan semua itu.
ima pun setuju...anak2 ima masa sek rendah tak mau cium ibu dan ayah dia,tapi bila dah naik sek men dia org sendiri yg minta...klu salam mama dan abahnya siap pekej cium pipi kiri kanan...hehehe
teringat dulu ada kisah mat salleh yang ceraikan laki dia sebab bercium (mulut ke mulut) dengan anak kecil comelnya sebelum pergi ke sekolah, moga2 budaya begitu tidak kesampaian di negara kita yang aman damai makmur sejahtera sentosa senantiasa,
salamm,
salam cium saja pun dah buat makayah bahagia.
knpe UNITAR ek
BroFramestone Blog
salam izan..apalah salah menunjukkan kasih sayang dengan ibu bapa dan adik beradik..tak salah kan..kat umah akak ikan siakap tak pernah stim..semua tak suker..suker yang goreng ajer..
betul tu.. Nabi MUhammad pun menyuruh kita pamerkan kasih sayang kita kepada org yg dikasihi
(berbatas..)
Pada suatu hari, seorang sahabat Rasulullah memberi tahu Baginda yang dia mengasihi seorang sahabat yang lain. Rasulullah bertanya: apakah engkau telah memberitahunya? Sahabat itu menjawab: belum. Rasulullah berkata: Pergilah dan khabarkan kepadanya.
salam ziarah :)
annie
betul tu... kita fikirkan pengorbanannya aje...
ima,
betul tu .... zan pun suka dibuat camtu.. mudahan sampai tua kita anak2 ingatkan ... amin.
tb,
betulke ada citer tu... nape zan tak tau ye... agaknya masa tu zan blm lahir lagi kot...
julietchun
betul tu... klau boleh dipelbagaikan lagi..
framestone,
UNITAR seberang jalan ni aje... bila masuk waktu diaorang seberang kejap...
kak ina kl,
tu lar kata.... kdg2 bukan apa kak ina.... perasaan malu lebih terserlah.. siakap tu goreng garing2 sedapkan kak ina.
puteri,
haa begitular .... kita kena tunjuk atau serlahkan atau bagitahu ... kita sayangkan mereka2 yang dekat dihati...
mak su,
alhamdulillah terima kasih... datang lagi nanti ye.
Post a Comment