Dalam sana sini mempersoalkan hukum dan kebenaran.....
nampaknya izan dah ketinggalan topik-topik penting. gara-gara fobia melihat corak kehidupan insan-insan pada masa ini adakah cuai atau itu yang tertulis "sejak azali"........
Ayah zan selalu ingatkan, "akak.... jangan amalkan sebut "thank God".......".... dari dulu hingga sekarang. Tuhan kita Allah, sebut Allah. "Thank you Allah".... memang zan tak pernah sebut, tidak sama sekali walaupun izan mempunyai keinginan hendak tahu... tidak pernah izan ajukan pada abah untuk bertanya. Tidak juga izan menganggap abah zan itu terlalu kolot........... cuma kalau dah bercerita menjadi panjang dan berkait.... untuk duduk selama sejam memang tak mencukupi. jadinya izan ambil yang asas untuk diamalkan.
Bila izan pergi ke laman Saudara Farid Rashidi (siapa yang berminat boleh ke lamannya). tertarik apa yang dikupas bagaimana penggunaan nama "Allah" yang cuba disamakan hanya dikurangi bilangan huruf atau penggunaan satu huruf sahaja, dibezakan pula pada bunyi yang mana seboleh mungkin hendak menunjukkan bahawa Allah, Tuhan yang sama. Dalam masa yang sama cuba memesongkan akidah umat Islam apatah lagi rata-rata zaman di akhir zaman ini umat Islamnya berada dalam kegawatan emosi dan budaya. (Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah anak-anak kami dari segala bencana dan malapetaka. Amin) Suka kepada budaya ikutan, nauzubillah. Sebagai ibu, cuba sedaya upaya membawa anak-anak/masyarakat keluarga kepada mencintai Allah, mencintai Islam. Amin.
Seperti kata Dr. Mahathir Mohamad di akhbar hari ini... - Terjemahan "God" yang diguna dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah 'Tuhan', bukan Allah. Allah spesifik Tuhan bagi orang Islam.
Jika "Allah" digunakan sewenang-wenangnya oleh sebarangan orang, takut-takut generasi kita yang kebanyakkan dah kurang teguh iman dan kiblatnya, terikut-ikut jalan yang tidak kita ketahui benarnya gara-gara budaya ikutan. Sedangkan sekarang generasi muda (mudahan anak-anak kita dijauhkan dari segala bencana dan malapetaka) mudah mengikut ajaran budaya asing dari segi penampilan, gaya, dan sebagainya. bagaimanalah pula Iman dan kiblatnya.
sebagai ibu, inilah gejala-gejala yang sungguh membimbangkan. takut gagal mendidik anak-anak menjadi seorang Islam yang sejati.
8 comments :
Terus terang la , kak tie ingat nak buat entry pasal ni. Tapi bila baca komen2 dari orang bukan Islam yang dah lama guna nama Allah sebagai tuhan , rasa terkejut dan takut. Rupa-rupanya mereka dah lama amalkan, di sabah dan sarawak. Kita je yang tak tahu.
Yang geramnya, kerajaan kita tidak ambil tindakan lebih awal... zaman Dr Mahathir lagi... bila dah bertahun2 membiarkan, takkan baru sekarang nak bertindak. Tentu mereka marah dan pertikaikan. Yang paling mudah, ubah je undang-undang.. buat undang-undang baru. Kita orang biasa ni harapkan para cerdik pandai menyelesaikan masalah ni... Harap-harap ianya berhasil dengan kemenangan kita!
Kalau gagal, kita boleh saman majalah tu kiranya didapati majalah tu berada di tangan orang Islam (kanak2 terutamanya..)
salam izan,
makin banyak kes kat m'sia sekarang ni, ada pihak2 tertentu mengunakan mahkamah untuk memporak perandakan islam atau merosak akidah umat islam.
Fantastic post.Like to read more from you.
SEO Firm
Salam Kak Izan.....
Susahkan bila perkara cenggini terjadi. Dah lama terjadi, cumanyer semua kita baru terbuka mata......
Semoga segalanya dlm lindungan Allah s.w.t. Amin.
;)
k tie,
susah nak diperkatakan undang-undang hari ini..... kalau undang-undang Allah dah tetap muktamad. tapi undang-undang manusia.... :(
ima,
itulah yang susahnya..... makin dunia akhir zaman makin hilang keutuhan umat.
Thank you so much Rich. :D
zyma,
k zan pun terkejut k tie beritahu gitu... selama ini tak terfikir pun... mengapalah kita tidak tahu perkembangan itu ye.....
Post a Comment