Jom join izan

Thursday, November 19, 2009

Pertama kali try......

Tak de lar pape pun...... tapi bila terpandang komuter ni teringat zaman dolu2..... tu lar nak citer-citer ni.

Dulu 7 - 8 tahun dulu.... izan pertama kali cuba naik komuter....

komuter ni dah lama ada, rasanya lebih dari 10 tahun ada... masa pertama kali dilancarkan ada disuruh naik percuma sehingga Kuala Lumpur. tapi tah kenapa masa tu... tak heran. ye lar masa tu tak kerja luar kawasan felda ni.... kerja kat site ngan surveyor membangunkan bersama bermacam-macam kontraktor lebih kurang 14 tahun dulu - bandar sungai buaya -... takda rasa nak mencuba tren ni.


betulll.... memang lagipun lebih mudah kemana-mana dengan kenderaan sendiri... bukan sombong tapi kemudahan awam ni kena guna tenaga lebih. kalau kenderaan sendiri tu... keluar pintu rumah naik pintu opis. turun pintu opis masuk pintu rumah......

ceritanya, satu hari tu abe ada hal kat opis dia, jadi pukul 6.30 pagi hantar zan kat komuter. punyalar takut nak naik komuter.... ye lah orang tak pernah cuba kan.

nak tau... dari 6.30 pagi sampai 8.30 pagi zan tak naik naik tren lagi...... sebabnya apa... zan tunggu tren pi kuala lumpur tak sampai-sampai. dah nak menangis..... abe telpon sepuluh kali tanya dah naik tren belum..... pukul 9.00 nak masuk opis ni. tren pi kuala lumpur tak sampai-sampai.


tak lama tu.... "abang" petugas tu panggil.... (encem orangnya..... tu pasal malu nak pi tanya kat dia)..... dah lar tak tahu.... tak mau tanya...

"adik nak pegi mana dari subuh tadi tak naik tren lagi"(masa tu adik oke........... kalau sekarang ni panggil adik.... i malu-malu ah)....

izan pun jawab yang sebenar nak pegi kerja tunggu tren pi kuala lumpur tak sampai-sampai dari tadi. 1/2 jam lagi nak masuk opis.... semua tren pi seremban aje"....


"larrrrrrrrr.... kenapa taknak tanya. mana ada komuter letak tanda kuala lumpur... semua tanda pi seremban".... dia berhenti semua tempat.... kuala lumpur pun dia berhenti.."...... ingat lagi dia kata.."kalau adik tunggu dia letak kuala lumpur.... sampai besok adik tunggu pun tak ada....."..... huuuuu.... malunya dah lar buang masa kat situ... kena lagi.

sudahnya pukul 10.00 baru sampai opis.....

(sebahagian petikan berita kosmo)............

KL- Ipoh 1 jam 55 minit
Oleh ADHAM SHADANadham.shadan@kosmo.com.my SELAMA ini, kereta api sering dilabel sebagai pengangkutan yang amat perlahan di negara ini berbanding dengan pengangkutan yang lain. Persepsi itu akan menjadi tidak begitu relevan apabila kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.
Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

*******************************************************

16 comments :

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Senyum jugak ar..
Hehe..

Petama kali naik ketapi dengan kawan beramai-ramai. Tak sesat tapi kalau sorang2 rasa mcm takut..

*55 minit ke Ipoh? Wah.. express sungguh.

Anonymous said...

hehehe....rupanya tak de komuter tulis keKL ye....ima pun tak perasan sebab tak pernah naik. Kat JB ni tak de komuter.

Catwoman said...

Salam Kak Izan....

Dah lama sy tak naik komuter...

:)

cheryna zamrinor said...

kak izan,

inilah pengangkutan sha. tp dah tak terlarat rasanya nak naik komuter nieh dek kebengangan dengan servis:(

belum nangis lagi...hehehe...
jangan serik naik tren tau!:)

Bro Framestone said...

kite naik komuter pertam akali pada tahun 2005... he...23x

sekarang dah sampai Tg malim.. lepas nie stesyen Behrang pulak.. betul2 depan umah teman.. tp jauh gak la.. dari umah dah nmpk stesyen gitew

tp yg penting time naik putra... teman sentiasa bertemankan minyak cap kapak

www.broframestone.com

naz ilyn said...

salam... lyn pernah naik sekali jer tu pun suami ajak buang tabiat... kita orang gi bercuti kat kl tetiba jer suami parking kereta kemudian naik komuter kemudian balik semula ke tempat letak kereta tadi... mmg takut sangat sepanjang perjalanan asik tanya suami jer " bang... betul ker jalan ni kang kita sampai kat tampat lain kang..." geli hati betul..

Unknown said...

dik,

hemmm... sekarang senyum... tapi masa tu akak rasa "kalau dapat balik kerumah...alangkah indahnya..."

lepas nii..... kita boleh jalan2 ke utara.... lepas tu balik semula ke kl. :D dalam masa satu hari..

Unknown said...

ima,

uwwwaaaa.... ni nak nangis ni...

betul lar tu mana ima nak perasan... diorang tak buat lagi rel ke JB....

Unknown said...

zyma,

jom dtg rawang... kita jalan2 naik Putera ke... LRT ke... itu lagi adventure... driver takda.... huhu gayat.
seumur idup sekali je naik LRT.... bila dia lalu bawah tanah tu... rasa bilalah nak sampai hujung niiii..... :D

Unknown said...

sha,

iye tu bila terdesak mmg itulah kenderaan kita. dari melalui jalan raya yang sesak dan tak tahu pukul berapa nak sampai rumah. tapi nasib baik lar kat pj sekarang ni belum ada komuter.... hihi jeng jeng

yang k zan tak tahan bila pakwe bangla impit kiri kanan... rasa nak tolak ngan helmet aje.... padat sungguh...

Unknown said...

framestone,

pas ni kalau lalu behrang boleh lar men hai2 bai2.... dah nampak dari rumah. hihi..

tu lar kata.... sampai lar ni putra tak berani nak naik..... kalau tak cuba terus pun tak apa... kalau rel dia besar beluti aje....gayat. kalau dah bertemankan minyak angin..... sahlar tu.... tak naik pun tak apa hihi..

Unknown said...

ilyn... hihihi...

jgn bimbang jgn riso... jalan dia lurus aje... kalau sesat turun balik pergi semula keseberang ..... naik semula pergi ketempat yang betul... haaa...mudahh..

kalau naik kereta ye... fining..

nasib baik abg ilyn bwk naik .... kalau dirancang2 memang susah nak jadi. merasa juga ilyn naik komuter...

anyss said...

tiap orang belajar dari pengalaman ....

Kak Long said...

Salam Izan,
lama terhilang link ke sini.

Malu bertanya sesat jalan, tapi izan, malu bertanya lambat sampai ofis...hihihi.

Kalau dah ada yang cepat dan pantas, mungkin boleh galakkan orang ramai guna pengangkutan awam.

Unknown said...

anyss,

betul tu.. pengalaman buat kita dewasa

Unknown said...

kak long..

tu lar kata... izan punya malu lambat sampai opis... :D

jika keadaan terdesak kenderaan awam diperlukan.....

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas


widget

warna warni ijan

Flag Counter